Skip to main content

Dzakirah - Selamat disunatkan @ Berkhatan

Dzakirah selamat disunatkan semasa genap 11 hari. Dulu Damia selepas lahir terus disunatkan. Since Dzakirah last minute C-section, kami terlepas pandang untuk remind staff nurse. Lepas kluar hospital momma tengok Dzakirah nyer area kat bawah tuh nampak lain, tak macam masa Damia. Baru tergerak nk tanya, dah disunatkan ke blom. So masa last check-up utk Jaundis hari tuh tanya doktor and confirm blom. So momma pun mintak doktor suh buat skali. 

Process nya pun tak lama. Kejap sangat. Doktor Roliza kata utk bayi perempuan kt hanya koyakkan sket jer kat bhgn atas vagina tuh. Darah pun tak byk, sket jer. 1st time tgk baby gal sunat. Dzakirah masa tuh menangis gak spt gambar bwh tuh tapi bila selesai jer terus diam. Good gal la anak momma ni.  




Kat bawah nih sedikit info tentang hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan from Ust Zaharuddin @ http://www.zaharuddin.net/content/view/234/90/

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
  • 1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
  • 2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,   
  • 3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
 
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka. Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
 
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan. Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."  dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
 

Comments

nieda said…
alhamdulillah selamat dah bersunat.masa mula2 sunatkan Humaira risau dan ngeri tapi alhamdulillah semuanya ok.
alhamdulliah semuanyer selamat....tomei adeq damia ni...
Siti said…
alhamdulillah dah selamat yer..jannh hr tu siti sunatkan mas a6 bulan..takde nangis. sunat kat rumah bidan.
Anonymous said…
Senang tak nak jaga Dzakirah lepas sunat? Solehah belum sunat lagi.
alinalan said…
Nieda >> alhamdulillah. sunat bb gal-gal tak sesusah bb boy kan. mula2 pun momma risau gak.
alinalan said…
Anje @ MamaAqish >> Thanks Anje. Aqish mcm? dah sihat ke? hope semuanya ok.


Siti >> Sunat masa 6 bln tak rasa sgt kot. Good gal la Jannah tak nangis
alinalan said…
Mardziah >> Alhamdulillah. senang jaga. Lepas doktor koyak tuh ada darah sket, doktor kasi ubat kat kapas & letak kat vagina bb. Pastu bila nk tukar lampin, kapas tuh dah bleh buang.
Mazatul azura said…
Alhamdulillah... selamat dah disunatkan.. Husna baru plan nak sunat masa 2 bulan nanti..
Ummi Salsabila said…
cepat juga mereka sunat.aufa dulu dah 3bulan ke 4bulan kot br sunat..hehe

tp if boy,rs kesian nak sunat awl2..
alinalan said…
Kak Mai >> Nk sunat masa 2 bln. Dah x lama tuh kan? kjap jer dah 2 bulan ek? Slamat bersunat Husna
alinalan said…
Odah @ US >> Org kata bb boy sunat masa kecik lg senang jags tp nk mk sure pilih cara sunat yg betul. Alin nk kata lebih x tau sbb x de boy lg. hihi...
Nia said…
baby sunat kat DEMC ke dear?
alinalan said…
Nia @ Unlisted One >> a'aah sunat kat DEMC by doktor Roliza.