Skip to main content

Bagaimana Produksi Susu Berlaku



Penyusuan ibu akan menjadi lebih lancar apabila ibu lebih memahami anatomi payudara yang menghasilkan susu itu sendiri. Bagaimana susu ibu itu dihasilkan? Berikut adalah proses penghasilan susu yang mudah kita fahami.

1) Susu dihasilkan dalam kalenjar susu yang dipanggil alveoli.

2) Daripada alveoli, sebahagian susu akan mengalir keluar melalui duktus (duct) menuju ke takungan susu (sac). Takungan ini terletak di bawah aerola.

3) Aerola adalah kawasan berpigmen gelap yang mengelilingi puting payudara. Aerola juga yang perlu kita pastikan masuk sepenuhnya (sebaik-baiknya) ke dalam mulut bayi. Aerola ini juga yang perlu dihisap oleh bayi untuk menerima susu (bukan puting payudara semata-mata). Faktor ini adalah faktor asas yang tidak menjayakan penyusuan kerana perletakan aerola yang tidak betul membuatkan ibu merasa sakit, puting juga boleh luka.

4) Apabila bayi mula menghisap, mesej akan dihantar ke otak ibu dan dihantar semula kepada sel-sel mamari supaya susu dapat dirembes dalam alveoli. Susu inilah yang akan mengalir ke mulut bayi. Proses ini dinamakan tindak balas rembesan.

Tindak balas rembesan banyak dipengaruhi oleh emosi dan fikiran ibu. Bermakna, jika perasaan ibu tertekan, gelisah, bimbang dan terganggu, maka tindak balas mungkin akan terganggu atau tidak berlaku. Seterusnya membuatkan ramai para ibu menyatakan susu mereka tidak cukup dan sebagainya.

Oleh itu para ibu, sentiasalah ceria-ceria apabila ingin mengepam apatah lagi apabila menyusukan si manja anda =).

sumber fr Ummi @ http://menyususimanja.blogspot.com/


Comments

Siti said…
terima kasih tuk info yer. :)
emosi ibu mmg boleh mempengaruhi pengeluaran susu. ini yg susah juga kan lebih2 lg utk ibu2 yg bekerja dan sentiasa stress je.

P/S: cantik rumah baru.
alinalan said…
Siti >> Terima kasih kembali krn sudi singgah ke blog miakididdles nih.
alinalan said…
Kak Nuradyani >> hehe betol2... tu pasal ibu yg berkerjaya kene smart in handling their emosi... tapi kekadang kt tewas juga dgn stress kerja... any tips?