Skip to main content

My 2nd Pregnancy Journey - Amalan Semasa Mengandung

Amalan yg elok diamalkan semasa mengandung. Ni enrty REMINDER!! utk Momma so that dpt memberikan yang terbaik demi "Adik D" walaupun momma kadang2 terlalai & terleka. Info2 nih melalui pembacaan buku-buku, majalah & blog hoping from BabyIbu & Yatiechomel. Thanks sbb you all sudi sharing. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
  • Saidul (penghulu) Istighfar
  • Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
  • Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
  • Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
  • Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
  • Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
  • Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  • Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
  • Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
  • Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
  • Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
  • Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
  • Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

*****

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya: 

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat 

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama. 

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas. Amin!!

*****

Dari 0 hingga 3 bulan Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak..waktu ini paling sesuai kerana fetus baru membentuk.. Dari 4 hingga 6 bulan Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.. Dari 7 hingga 9 bulan Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin.

*****

Untuk Ibu Hamil : Doa-doa (seeloknya suami pun amalkan jugak doa2 nih)

a) Doa di baca setiap hari : "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w". 

b) Doa memudahkan bersalin
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah An-Nahl : ayat 78)

c) Doa ketika menanti saat hampir bersalin Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri (Surah Al-Anbiya : Ayat 87)

*****

New update on 23 Feb 2010 : nak petua mendapat anak cantik??!! huhu g terjah blog "Mama Babah World". Good sharing!!! Thanks dear!!

Comments

Ummi Salsabila said…
tq kak for sharing kak..mmg kene di amalkan ni.bila waktu lapang je,kn baca sume ni sbyk mungkin:)
alinalan said…
Ummi Salsabila : Sejak masuk minggu 30++ nih macam2 kene pk. Dulu masa Damia bersalin cepat rasa macam tak sempat jer nk prepare apa2 yg patut. So kira lesson learnt la, skrg nih tgh nk ready mental, fizikal & kerohanian + penyusuan. kene ulangkaji macam nk amik xam plak kan? hihi...
yatie chomeyl said…
hope all went well for both of u :)