0
 Bismillahirrahmanirahim...


Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

 

AL-INSYIRAH (Terjemahan & Fadhilat, atau dikenali Al-Nasyrah)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

  • (1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
  • (2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
  • (3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
  • (4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
  • (5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
  • (6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
  • (7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
  • (8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
credit : Kak Laila Ismail. Terima kasih... 

Kami Prihatin !! Anda bagaimana?? Mari jadikan ini amalan harian kita. InsyaAllah..

Post a Comment

 
Top