3
6 Oct 2014 - kami sepakat setuju untuk memenuhi impian anak-anak untuk punya rasa tanggungjawab menjaga sesuatu yang bernyawa.  Huhu... Jenuh gak masa memilih. Kami beri pilihan kepada anak-anak utk memilih A-Z, dari warna, jenis ikan, bentuk akuarium, hiasan dalaman dll, bagaimanapun ada gak yang tak approve so pilih lain. 


     Beli di sini. Kat tepi jalan nak ke sungai buloh. Service pun tip top. Layanan best jer. 

12 anak ikan selamat jadi "adik angkat" Damia

Tenang rasa bila melihat ikan-ikan berenang tau. Setiap pagi rutin Damia sebelum pergi sekolah dan balik sekolah bagi makan ikan. Betul kata orang, melihat ikan berenang satu terapi. Bukan sahaja untuk kita yang dewasa ni, kanak-kanak pun suka siap nak buat art pun depan ikan. Tak percaya tengok tuh aksi mereka. Idea anak-anak mencurah-curah... Hihi





Bagi kita yang sering stress dengan kerja-kerja seharian, sangat disarankan bela laa ikan ni. 

Abah la helper Mia part cuci-cuci dan rescue.

Performance wise, hari ke-2 malam Tetiba tengok air menjadi keruh. Bila check-check jumpa 5 ekor ikan mati. Punca tak tahu. Terlebih makan kot. Sekarang nak masuk sebulan dah so ikan yang bertahan ada 5 ekor lagii. Kelmarin seekor mati. Semoga panjang umur la semua "adik-adik" angkat yang lain itu.




Post a Comment

peza said... October 30, 2014 at 1:40 PM

Lin, lawa akaurium tu... beli kat ne?

Momma Mia said... November 18, 2014 at 10:31 AM

@peza - beli kat tepi jalan nk ke sg buloh tu. dekat dengan umah ur mil tu. service pun tiptop

peza said... November 18, 2014 at 10:35 AM

oyeke...tq
nnt nk carik gak la..

 
Top