Bismillahirrahmanirahim... Mengajar si manja anda untuk berkongsi memang mencabar, tetapi tiada yang mustahil jika dilakukan dengan betul. Oleh Dr Yen Teck Hoe, Pakar Perunding Psikiatri Meminta si manja anda untuk berkongsi mainannya mungkin sukar sebagaimana memintanya makan sayur. Tidak kira apa yang anda kata, dia tetap tidak akan menukar keputusannya. Keadaan menjadi lebih teruk jika anda memaksanya melepaskan mainan, menyebabkan dia mula buat perangai sebagai tanda bantahan. Semua kanakkanak tidak suka berkongsi sesuatu yang disayangi mereka, sebab itulah sedikit pujukan diperlukan untuk memintanya berkongsi barangan miliknya. Jangan paksa dia! Si kecil anda yang berusia 2 tahun mengadu kepada anda sambil menangis kerana abangnya, yang berusia empat ...