Tadi saya ada terbaca perkongsian di ig Dr Azura Hashim tentang bagaimana nak suntik 4 hormon bahagia buat diri dan sekeliling kita. 1. Endorfin Bersenam, membaca atau menonton sesuatu yang lucu dapat bagi dos Endorfin harian kita. 2. Dopamine Inilah feel good hormon. Kita rasa seronok. Contoh ketika membeli belah boleh keluarkan cas Dopamine. Sekarang sedar tak mengapa kita jadi gembira bila kita membeli-belah? Hihi. Contoh lain, apabila kita siapkan sesuatu tugasan kecil atau besar, beri penghargaan dan pujian kepada diri kita atau orang lain. Ia boleh jadi penyebab untuk terpancar nur gembira ya amat. Rasa best itulah Dopamine. Jadi, rajin rajin #giveyourselfapatontheback ya, tak perlu tunggu orang lain beri. 3. Serotonin Serotonin ini hormon berkaitan dengan motivasi. Bila turun hormon ini, ia sebakan motivasi kita turut menjunam. Sungguh! Jadi setiap hari pilihlah untuk kongsi dan beri manfaat. Tidak kisah samada kepada manusia atau kepada alam semula jadi atau kepada masyarakat,...