1
As salam semua...

Hari nih Alin harap dapat menjentik rakan-rakan untuk berfikir sejenak dan lihat kembali hala tuju yang cuba kita pandu anak-anak kita. Thanks to adikbijak.com.

Kan pepatah Melayu ada berkata, "Nak melentur buluh biar dari rebungnya". Biasa kita dengar pepatah ini. Emmm... tetapi pernah tak kita bertanya kembali... "Nak dilenturkan ke mana ye?". Nak melentur buluh kita perlu terlebih dahulu tahu apakah hasil akhir yang ingin kita capai. Jika dilentur tanpa arah... buluh tadi akan jadi melengkung dan pucuknya mungkin bertemu kembali pangkalnya. Jika kita nisbahkan situasi ini ke dalam kehidupan anak-anak kita.... melentur tanpa arah mungkin hanya menyebabkan anak-anak tadi membesar dan jadi SAMA MACAM KITA. Bak kata orang Utara... Pi mai pi mai duk tang tu jugak! 

 
Kawan-kawan pernah lihat Lucky Bamboo tak? Lucky Bamboo (lihat gambar) ni amat terkenal di kalangan masyarakat Cina untuk dijadikan hiasan semasa musim-musim perayaan. Ada yang bentuk bertingkat-tingkat, ada yang spiral, ada bentuk hati dan macam-macam lagi. Agak-agak macam mana pokok buluh tersebut boleh jadi sedemikian agaknya yea?

Lucky Bamboo tak tumbuh dan membesar sedemikian cantik dengan sendirinya. Ia bermula dengan visi pemiliknya... bentuk apakah yang ingin dihasilkan. Kemudian kerangka khas dibentuk agar buluh tadi akan tumbuh dan melentur mengikut acuan yang disediakan. Dari semasa ke semasa kedudukkan buluh diperbetul dan dirapi agar ia terus mengikut acuan tanpa terkeluar darinya. Dan pohon buluh ini juga tidak lupa untuk dibekalkan dengan baja yang bermutu dan diletakkkan dalam persekitaran yang baik agar ia tumbuh sihat, segar dan cantik.

Anak-anak comel kita (jika boleh saya kiaskan) adalah seumpama Lucky Bamboo ini pada peringkat rebungnya. Untuk kita jadikan mereka insan hebat... kita perlu lakukan langkah berikut:
  1. Kita perlu wujudkan Visi dan Misi. Kita nak anak-anak kita ini jadi insan yang bagaimana bila besar nanti. Tetapkan matlamat anda.
  2. Sediakan acuan untuk kita bentuk dan lentur mereka. Acuan ini adalah dalam bentuk pendidikan, persekitaran, pergaulan dan asuhan yang kita beri. Jika kita inginkan si comel menjadi seorang pakar perubatan, maka sedari awal kita akan dekatkan dan tanamkan minat mereka kepada ilmu sains dan perubatan. Berikan permainan dan buku-buku yang berkaitan. Bawa melawat ke pusat-pusat sains dan seumpamanya.
  3. Sediakan sekitaran yang kondusif. Anak-anak akan lebih mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Pastikan mereka sentiasa membesar dalam suasana yang tenang, harmoni dan penuh kasih sayang, dan (seboleh mungkin) tidak terdedah kepada kepada unsur-unsur yang kurang sihat
  4. Berikan makanan yang halal dan berkhasiat. Tubuh yang sihat akan melahirkan minda yang cerdas
  5. Suburkan jiwa dengan Islam. Tubuh yang cantik dan tegap tetap akan jadi kosong jika jiwanya tidak diisi. Anak-anak yang jiwanya diasuh dari awal untuk mengenal Allah pasti akan terpancar kejernihan hatinya.
  6. Jadi mentor yang hebat. Anda perlu terus menerus memainkan peranan sebagai penunjuk jalan, pemberi nasihat dan jurulatih. Peranan ini mesti dilaksanakan tanpa rasa jemu dan letih kerana dari semasa ke semasa anak-anak kita ini perlu diperbetulkan, dirapikan agar mereka terus berada dalam jalan dan acuan yang kita mahukan.
Pepatah Arab ada berkata... "Orang yang tidak mempunyai anak tidak akan kenal erti kasih sayang. Dan orang yang mempunyai anak tidak akan kenal erti rehat". Mudahnya... pepatah ini memberi maksud (ikut faham sayalah... hehehe) tugas sebagai ibu bapa merupakan satu tugas sepenuh masa... anak-anak perlukan perhatian dan bimbingan berterusan dari kita. Dan tugas sepenuh masa lagi meletihkan ini... mempunyai ganjaran yang amat besar iaitu nikmat kasih sayang yang sejati.

Jika kita mahukan si comel membesar menjadi anak-anak yang "sejuk" dipandang mata dan hati... maka lenturlah mereka dari sekarang. Mereka umpama sehelai kain putih... kitalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jangan biarkan persekitaran mewarnakan kain putih ini dengan warna-warna noda dan duka

Post a Comment

Sidratul Muntaha said... March 9, 2011 at 8:43 AM

pepatah itu betul tapi yg part takde anak tu rasa kurang tepat ler..
sebab,klu kakak yg besokan adik2 or abang yg besokan adik2 pun thu erti kasih sayang..
yg other one tu mmg tepat la...
mlm mana rehat pun even tido alin..
ade budak kecik ngopek sampai ke subuh..
huhuhuhuh...

 
Top