Skip to main content

Asasnya pada ibu

sumber goggle

Ibu selalu membayangkan tubuh seorang ibu itu ibarat pokok. Pokok yang di jaga dengan baik, dibaja dengan baik insyaALLAH menghasilkan hasil yang hebat baik dalam bentuk buah-buahan mahupun pokok berbunga.

Ibu menerima mesej dari seorang customer baru ibu, Puan Juhana. Mesejnya berbunyi begini lebih kurang :
Syukur alhamdulillah, selepas mengamalkan pengambilan supplement susu dari beberapa titik dah mula meningkat menjadi 2oz. Nasib baru sedar keperluan kesihatan ibu.
Pengambilan supplement membantu dalam penghasilan susuibu menjadi lebih baik dan lancar seandainya si ibu kerap menyusukan anaknya atau membuat sesi perahan yang konsisten tidak melebihi 3 jam.

Namun jika si ibu tidak memahami konsep asas penyusuan, maka supplement pula akan diburukkan dengan mengatakan ianya tidak bagus dan seumpama dengannya.

Alhamdulillah kini ibu terima banyak panggilan dari encik2 suami untuk mendapatkan budget pack untuk isteri yang sedang menyusukan anak mereka. Harapan ibu mereka juga tahu apakah yang dibelikan untuk isteri mereka ini .

Asasnya dalam menjayakan penyusuan... konsep asas perlu diketahui iaitu lebih kerap bayi disusukan ATAU lebih banyak sesi perahan dibuat dalam sehari MAKA LEBIH BANYAK SUSUIBU AKAN DIHASILKAN.
  • Badan si ibu perlulah sihat, bertenaga, bersemangat dan ceria sepanjang masa.
  • Apabila si ibu itu sihat, untuk menyusukan bayi secara kerap atau membuat sesi perahan yang berulang tidak menjadi masalah kepada si ibu.
Apa yang terjadi hari ini, ramai isteri yang bekerja, maka keletihan seharian yang belum hilang akan berterusan dengan kerja rumah serta menunaikan tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya. Adakala ini membuatkan si isteri lemah dan tidak bersemangat. Walaupun si ibu makan 3 kali sehari dengan lengkap tanpa tinggal (skip) namun pengambilan makanan yang kaya dengan zat perlu dititik beratkan.

Badan kita tidak kenal nasi lemak, ayam atau sayur-sayuran. Badan lebih mengenali karbohaidrat, lemak, vitamin dan yang seangkatan dengannya.


Antara punca  masalah kelancaran penghasilan susuibu :

Kes pertama :
Bila ibu penat dan keletihan, ia akan menjuruskan kepada perasaan moody dan kurang bersemangat. Apabila ini berlaku, badan akan menggunakan semua vitamin yang sedia ada dalam badan untuk di ibu terus sustained. Maka keperluan vitamin digunakan untuk si ibu terlebih dahulu. Adakala ianya boleh mengganggu penghasilan susuibu kerana vitamin B dan Vitamin C yang ada digunakan untuk memulihkan badan si ibu.

Beza dengan mereka yang amalkan pengambilan vitamin. Badan sentiasa mempunyai bekalan vitamin yang mencukupi dalam membantu badan ibu sustained.


Kes kedua
Ibu yang mempunyai kitaran haid semasa penyusuan pasti akan risau apabila kehadiran menstrual mengganggu penghasilan susuibu. Semasa melalui menstrual, badan kita memerlukan cukup kalsium dalam memastikan penghasilan darah baru terbentuk. Penghasilan susuibu juga memerlukan kalsium supaya ianya dapat dibekalkan kepada bayi dalam menghasilkan darah baru serta tulang dan gigi bayi.  Sekiranya si ibu tidak menjaga keperluan kalsium tubuh badannya melalui amalan makanan yang tidak seimbang maka kalsium akan diserap melalui tulang si ibu. Apabila ini berlaku secara berterusan maka si ibu boleh mendapat risiko tulang rapuh atau dikenali sebagai osteoporosis. Bila si ibu kurang zat kalsium, penghasilan susuibu juga turut terganggu.


Benarkah menstrual mengganggu penghasilan susuibu? Hakikatnya ya sekiranya badan si ibu tidak mempunyai cukup kalsium yang diperlukan oleh badan. Bagi mereka yang memastikan meminum banyak gelas susu sehari insyaALLAH tiada masalah dalam penghasilan susuibu. Saranan pengambilan tablet kalsium boleh dipertimbangkan sekiranya kalsium tablet tersebut mengandungi  magnesium dan vitamin D supaya dapat mengelakkan batu karang dalam buah pinggang.


Kes Ketiga
Ibu yang melahirkan secara ceaserean atau mengalami masalah penyakit, sedikit sebanyak sebenarnya ia mengganggu penghasilan susuibu terutama mereka yang tidak mengamalkan makanan seimbang yang disarankan dalam piramid makanan. Badan akan menggunakan semua vitamin yang sedia ada dalam badan untuk memulihkan keadaan si ibu seterusnya membantu membekalkan nutrien dalam susuibu. Dalam kes ini, supplement sangat2 digalakkan diambil agar kesihatan ibu dapat dipulihkan terlebih dahulu. Bagaimana susu nak terhasil dengan lancar jika badan belum benar2 pulih?

Mampukah sebuah kereta bergerak lancar di atas jalan raya jika kereta itu tidak pernah di servis atau tidak melalui proses penyelenggaraan@maintenance nya?

Kejayaan penyusuan hakikatnya bergantung kepada kekuatan diri si ibu. Bayangkan bila ibu sihat, bertenaga dan mood yang ceria, semangat untuk terus menyusukan anak atau membuat sesi perahan yang konsisten di pejabat adalah menjadi satu rutin yang menyeronokkkan. Walau bagaimanapun apabila si ibu itu tidak menjaga pengambilan makanan hariannya, masakan si ibu mampu mendapat kesihatan secara optimum? Ternyata apabila si ibu tidak mementingkan zat yang seimbang dalam pengambilan makanan hariannya lama kelamaan ia akan mempengaruhi kesihatan si ibu. Rata-rata ibu yang tidak mendapat zat dan khasiat yang seimbang akan mendapati diri mereka mudah tertekan@stress, murung, keletihan, mood yang tidak menentu dan raut wajah yang kusam dan akhirnya mempengaruhi penghasilan susuibu.

Bercerita tentang susuibu, untuk mendapatkan susuibu dengan kuantiti yang banyak, perkara penting yang perlu kita tahu ialah, menyusukan bayi secara kerap sehingga payudara benar-benar kosong atau bagi ibu yang bekerja, membuat sesi perahan yang konsisten tidak lebih 3 jam. Selain itu ibu perlulah pastikan TIDAK berdiet@ skip makan, minum air dengan mencukupi dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan Pencipta .

Bagi yang mempunyai kekangan dalam pengambilan makanan yang seimbang, pengambilan supplement seperti vitamin sangat digalakkan demi memastikan badan ibu sustained bertenaga, ceria, sihat dan cergas. Bila ibu sihat, segalanya menjadi mudah.

Untuk para suami : kalau encik suami boleh spend duit untuk kereta bagai....tidak salah spend duit untuk isteri yang telah bertarung nyawa melahirkan zuriat anda.....berikan isteri yang terbaik supaya hasilnya juga yang terbaik.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan vitamin, tiada masalah jika pengambilan makanan anda mengikut saranan keperluan piramid makanan. Namun dengan cara memasak, keadaan alam sekitar, gaya hidup yang sibuk, mampukah kita pastikan semua zat dapat diambil dengan baik?

Comments

Suziey Ahmad said…
salam ;) sorry yek..nk minta add la..jenuh cari mana kita letak sampul pos awk yg awk pos dulu tu..huhu..nnti email kita ur email ok..kt pos FM Dubai :)

suzieycomei@yahoo.com