3
Perkongsian SMS yang diterima lewat mlm semalam.... Gizillion thanks to Eza terima kasih kerana sudi menghantar SMS dan meminta pendapat Alin... Ku cuba membantu sedaya yang mungkin.... Sesiapa yang ada pengalaman jemput membantu beliau.

My lil Dzakirah menyusu EBM via botol bila momma kluar bekerja
Baby Eza baru 3 bulan, tapi baby langsung tak nak susu badan. Katanya lepas bersalin susu tak kluar, so sementara mak bidan urut breast untuk lancarkan aliran susu, baby diberikan susu formula sebab takut baby lapar...

Kesannya baby tak nak sangat minum susu badan... sehari ada 2-3x sahaja minum. Bila pump kuar paling banyak 1 oz jer sebelah... Beliau give-up sangat. Tapi bila beliau pk kan beliau ingin sangat2 BF baby dia... beliau jadi semangat semula. 

Tapi masalahnya skarang susu macam dah takde... baby plak langsung tak nak hisap dah. bila paksa, menjerit2 dia nangis. Sian plak paksa baby, last2  bagi jugak susu formula... Skrang ni Eza stress sangat.. tak tau nak wat cane supaya baby nak isap susu badan.  
Memang ramai yang berkata, oh jangan sedih atau susah hati, teruskan berdoa. InsyaALLAH nanti anak nak minum susuibu atau ebm semula. Memang mudah untuk kita berkata-kata namun perasaan si ibu pastinya gundah gulana. Bayangkan bila si ibu meletakkan usaha untuk memerah di pejabat namun sayangkan si anak tidak mahu minum dan hanya mahu susu formula. Apabila ini terjadi pasti ada ibu yang tertanya-tanya adakah susu formula lebih sedap dari susuibu?

Hakikatnya si anak tadi sudah terbiasa dengan susu formula. Macam kita juga, kalau dah biasa minum Milo pekat tetiba dapat Milo cair....adakah kita akan minum sama seperti kita minum Milo pekat? Sudah pasti kita hanya minum sedikit atau mungkin akan habiskan jika dah terlalu dahaga. Apa yang si ibu boleh lakukan agar si anak kembali mahu minum susu perahan si ibu?

Petua lama yang diceduk dan blajo dari kak Norita ialah dengan menghadiahkan si anak tadi bacaan Al fatihah. Ini boleh dipraktikkan oleh muslim sahaja.


Bagi ibu yang mempunyai masalah anak menolak susuibu....
boleh cuba amalkan membaca surah Al Fatihah setiap kali sesudah solat waktu. Niatlah bahawa Fatihah ini untuk anak ................ (nama penuh anak), berdoalah :
Bismillah hir rahman nir rahim. Ya ALLAH dengan rahmatMu berkat surah Al Fatihah ini Ya ALLAH, Engkau bukakanlah selera minum anakku supaya dia mahu dan seronok untuk minum susu ku yang telah kuperah untuknya YA ALLAH.
InsyaALLAH segala usaha yang dicurahkan akan membuahkan hasil jika kita sabar dan istiqamah. Jangan putus asa berdoa + zikir + Kerapkan menyusu samaada tendum pumping, power pumping or direct feeding... Jaga pemakanan... Sesungguhnya ujian itu datang dari ALLAH, maka kepada ALLAH jua ia kembali.

Bagi yang menghadapi masalah yang sama dengan Eza, boleh cuba rujuk kisah Su disini or untuk baby yang keliru puting, boleh cuba teknik kak Bibi ni... Jangan stress-stress yer... sebab anda juga boleh gembira seperti mereka DISINI... semoga menjadi inspirasi dan motivasi kepada ibu2 lain juga... Selamat mencuba!! 
 

Post a Comment

Cik Puan Nurul said... March 29, 2011 at 5:40 PM

hurmm..nampaknya pn eza agak keliru dan fikir susu dia xde bila lepas bersalin susu tak keluar bagusla alin bagi link tuk rujukan selain tu jika si ibu ingin kembali menyusu ank ia dipanggil relaktasi boleh rujuk sini http://www.diyaluna.com/diary/2009/05/06/relaktasi/ nak tulis panjang lebar kat sini xsesuai lak so leh rujuk link yg diberikan..
pss alin dh daftar kursus PC ke..?

Momma Mia said... March 30, 2011 at 5:55 AM

@ cik puan nurul - maceh nurul for sharing... ari tuh cam nk daftar PC tpi bila tgk tarikh kat selangor tuh cam keadaan kerja masih tak mengizinkan... tak bleh cuti... InsyaAllah one fine day nk join juga.

MamaLily said... March 31, 2011 at 12:06 PM

been there,done that! seriously bila masa blalu,baru kita fhm n nmpak mmg kna latch on dgn btul.bb mmg dh pndai,cuma kna biasakn.dan kna pam,pam n pam. dan kna pekakkan tinge dgn kata2 org. eza jgn putus asa.dan sy pun masih terus mncuba! jom kita support each other;-)

 
Top