2
Apa jua situasi yang tidak menyenangkan Anda, apa jua situasi yang tidak memuaskan hati Anda, elak mengeluh. Ni peringatan untuk diri sendiri terutamanya... & untuk sesiapa jua yg memerlukan suntikan motivasi setiap hari...

Sikap mengeluh hanya akan menarik kenegatifan. Kesannya, Anda susah untuk jadi bermotivasi. Anda akan susah mengubah diri ke arah pemikiran positif. Mengeluh menjadikan Anda ‘mangsa’ pada situasi, bukannya ‘penguasa’ pada situasi.


Elak untuk meluah rasa tidak puas hati. Elak mengeluh pada situsi, seboleh mungkin elak dari memberitahu orang apa yang Anda keluhkan. Lupakannya. Anggap ia sebagai cabaran kemudian fokuskan pada solusi.

Sebagai contoh, jika Anda sedang di landa masalah kesihatan mahupun masalah stok susu merudum, jangan mengeluh !! Sebaliknya, fokuskan pada penyelesaian masalah. Fikirkan apa yang Anda boleh buat untuk menyelesaikan masalah Anda, fikiran jalan penyelesaian bagaimana untuk mengurangkan masalah Anda.  Boleh cuba tips ni...

Apa jua yang melanda, elakkan mengeluh..

Sebaliknya, fokuskan fikiran kepada solusi. Minta doa pada Yang Maha Esa, moga DIA kurniakan petunjuk untuk Anda menghadapi situasi tersebut. Tuhan tidak menjawap doa-doa kita, mungkin sebab jauh daripadanya, sembahyang kita entah ke mana.

sumber http://www.imotivasi.com/ 

p/s: Walaupun tak semudah yg disarankan... kita yg MEMILIH untuk mengeluh atau tidak... renung2kan...

Post a Comment

AshAnas said... March 22, 2011 at 4:41 PM

betul kan k.alin... it is mcm mind setting la... bila kita mengeluh atau luahkan pada org, seolah2 kita dh bg gmbrn negatif dan tak bermotivasi utk diri sendiri, mcm harapkan org lain tolong kita...
tak semua org suka dgr masalah kan...
hm, try to improve myself pasnih! thanks!

Azrina Mohd Tajul Ariffin said... March 22, 2011 at 10:05 PM

entri penguat smgt..thanks alin.

 
Top