Friday, December 16, 2011

Bayi tak Berak?? Normal ke? Apa yang perlu anda ambil perhatian


Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.

Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Perkara ni pernah berlaku to Damia, and menurut pakar Paed Damia, Dr. Roliza, susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. So its NORMAL jika bayi bila masuk 2-3 bulan tak berak selama beberapa hari... saya pernah mendengar ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak, saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.

Apa yang perlu di ambil perhatian?
  • (1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
  • (2) Perut tidak kembung atau keras
  • (3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
  • (4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?
  • (1) Bayi sering menangis
  • (2) Perut bayi bengkak dan keras
  • (3) Bayi tidak mahu menyusu
  • (4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut
Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Bila mereka berak anda boleh periksa warna najis mereka & kenalpasti kesihatan mereka... Nak tahu kesihatan bayi melalui warna najis boleh rujuk SINI. Jika tak pasti dapatkan nasihat doktor dengan segera...

4 comments:

CheRus [Reply to comment]

Ye betul tu kalau bayi yg breastfeed tak berak tak perlu risau sgt..just monitor seperti yng alin note kan di situ...sy juga melalui pengalam yang sama...baby saya tak berak selama 10 hari..he..he..gelabah juga mula.

Douglas Tony [Reply to comment]

Tq for sharing

azinuj [Reply to comment]

tq for the info kak..kira normal la ye? risau jugak..sejak bb masuk 2 bulan, seminggu sekali dia berak...dah pernah bg ubat pelawas berak tu 2 kali...ade effect pape tak nanti?

Aida Norliza [Reply to comment]

Same la,baby umar pun seminggu sekali berak. Risau jap.

Related Posts with Thumbnails