Monday, April 26, 2010

Kesihatan Bayi Melalui Warna Najis

Pernahkah anda bimbang bila najis bayi bertukar warna daripada kebiasaannya warna kekuningan bertukar kelabu ataupun hijau? Apakah perubahan ini normal atau sebaliknya? Umumnya, najis bayi mungkin berubah-ubah kepada warna-warna seperti kuning, coklat, hijau, merah dan kelabu. Melalui warna-warna inilah anda mengetahui sistem pencernaan bayi normal ataupun tidak.


Berikut anda boleh mengenali najis bayi melalui warnanya:-


Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).

- cth Najis after 16 jam di bawah fototerapi light. Utk bayi yg kene jaundis -

Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul (yang dihisap oleh bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.


Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini mungkin datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak, maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari. Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi sendiri, kemungkinan lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus. Jika ini berlaku ia perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.


Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.


Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik, kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.


Kekerapan Membuang Najis
Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya pada minggu keempat dan kelima yang pertama. Biasanya dalam sehari bayi mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Bayi menghisap susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang najisnya bahkan ada yang hingga 7 kali sehari. Jangan bimbang ini adalah normal jika bayi tidak mengalami masalah kesihatan.


sumber drp : http://bidanbersalin.blogspot.com/ 

16 comments:

ibu_Arifa [Reply to comment]

info yg bagus..anak sedara hubby dulu masa baru lahir najis warna kelabu..my MIL da kata pelik dah..2=3 hari..xsure lag diorg tanya doktor tak.. tp anak sedara tu (nama faiq) sihat jer sampai umur 3 thn lebih..pastu di sahkan kena leukimia smpai skrg..umur nk masuk 4 tahun bln depan. kesian dia..

dulu2 semua dok puji..badan montel..comel..bygkan umur 2 thn berat badan dah 17 kg.skrg dok ulang gi kimo lah.

Siti [Reply to comment]

thank for good info. lepas ni leh la cek najis anak2

AshAnas [Reply to comment]

dh lama sy cr info ttg ni... thanks...

temp. housewife [Reply to comment]

a very good info. BB Dzakirah apa kabar?

ummiaisyah [Reply to comment]

good sharing..mak saya cakap kalu baby najis kaler hijau means...kepala dia panas.

aiDieNa [Reply to comment]

Perkongsian yg memberi manfaat.. dulu anak bongsu saya pernah admitted pasal kuning.. byk yg saya belajar dlm wad.. especially cara nak hal najis bayi nie..

Raudhah [Reply to comment]

wah,mkin cantiklah blog akak.cmne nak buat 3column ek?

dulu aufa poo poo warne kuning.tp sejak mnum fm,warna itam.baunya mmg sgt semerbakla..hehe.tp da tak keras.mia cmne?

Momma Mia [Reply to comment]

Min @ Ibu Arifa >> la sian nya kecik2 kene kimo... Semoga adik Faiq kuat & semoga cepat sembuh.

Momma Mia [Reply to comment]

Siti >> Sesama kt sharing info utk kesihatan anak2 ek..

Momma Mia [Reply to comment]

Ash Anas >> momma pun memang dah lama cari info ni.. lepas jumpa terus buat n3...

Momma Mia [Reply to comment]

Kak Nur >> Dzakirah sihat. rasanya berat makin bertambah tuh... hihi semoga sihat membesar Dzakirah. Akak bila balik nih??

Momma Mia [Reply to comment]

Ummi Aisyah >> ooo kepala panas... thanks for sharing

Momma Mia [Reply to comment]

Aidiena >> wah kt serupa. dulu masa kakak Damia admitted jaundis momma nangis2 punye la takut effect jaundis tuh... yg no2 nih sib baik momma kuat semangat & tak emo sangat cuma tang dengar bb nangis masa buat terapi jer emo... pastu kuat demi to make sure cepat baik...

Momma Mia [Reply to comment]

Odah >> huhu cantik ke??? ah... ahh kembang semangkuk pagi pagi nih... cuba g blog mama Aqish ada bg tutorial cane nk buat 3 colum...

sama gak dgn Damia tp tak ler itam, kadang2 kuning & hijau lumut. skrg selera mkn dia dah ok so najis tak keras cam dulu... bau dia...fuhhhhh memang semerbak ... hihi

ingatkan dah bersalin...

Pn.Kacang [Reply to comment]

Nice info sis

Pn.Kacang [Reply to comment]

Nice info sis. Menarik. Alhamdulillah setakat ni ank still ok. Tp pernah masuk wad sebab ada jangkitan kat usus. Ms tu start merangkak, doc kata mungkin ada kutip yg bukan2. Bila ambik ubat berak, bukan min lagi najis die kuo. Alhamdulillah da ok.

Related Posts with Thumbnails