Thursday, January 26, 2012

Sila Baca ~ Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein?!

Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah didedahkan sedikit ‘rahsia’ protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu. It’s a basic Science.

1 – Pertumbuhan
16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain.

Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi? 

2 – Metabolisma (otot)
Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.

Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.

3 – Metabolisma (pencernaan)
Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat.

Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins diet. Karbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).

4 – Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin
Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
 
Protein – berapa yang kita perlukan?
Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan.

Sumber :: SusuSejat


Energising Soy Protien Shaklee
  • Sumber terbaik daripada kacang soya
  • Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
  • Vegetable source – soy
  • Kolesterol “o” serta rendah lemak
    PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • Mengeyangkan & sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang Gastrik
  • Sesuai untuk orang yang ada Allergies
  • Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita. 
  • Membantu susuibu lebih pekat ~ Testimoni Puteri
SUSU LEBIH PEKAT ~ Menurut kata Puteri.
saya nak share perbezaan EBM saya, jika saya minum Energizing Soy Protein sebelum tidur (dan bangun pump susu dalam pukul 2-3 pagi ataupun pump di office selepas minum ESP waktu pagi) dengan EBM yang saya pump tanpa minum ESP. saya memang dah lama perhati, susu lebih pekat dan warna pun cantik kekuningan sejak saya minum ESP. tapi ada masanya, saya tak minum (tertido awal, terlalu kenyang dll alasan huhu) dan memang susu yang saya pump lebih cair. jumlah susu yang di pump tidak banyak beza jika saya minum cukup air dan menyusukan adam mengikut demand. yang sangat ketara perbezaan ialah, susu lebih pekat dan adam tak ambil masa yang lama untuk kenyang dan terus tidur (penting tu supaya tiada aktiviti bergayutan berjalan sepanjang malam, boleh la mama nak tidur lena dan selesa). 
sebab itu saya sangat rekomen supaya ibu- ibu tambah ESP kerana ia sangat berkesan bukan saja sebagai milk booster (dan quick fix yang mengenyangkan selepas mengepam) tapi juga dapat memekatkan susu dan membuatkan baby kenyang lebih lama. ~ Million thanks puteri for sharing...

Berminat? 
Call.SMS :: 019-2682709
Email: azlin.mohdatan@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

** Testimoni ini adalah pengalaman sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails