Bayi terutamanya yang baru mendapat gigi pertama cenderung untuk
menggigit puting payu dara sama ada secara sengaja mahupun tidak.
Lebih-lebih lagi ketika dia mengalami masalah gatal gusi. Bayi pastinya
akan menggigit dan menjadikan puting anda seumpama teether.
Aungggmmm... gaya lil Dzakirah bila menggigit. sakit wooo!
Alhamdulillah.. now 1 Tahun 9 bulan 3 minggu Lil Genius Dzakirah masih menyusu dgn susuibu
Kesannya boleh mengakibatkan puting kesakitan dan lama-kelamaan menimbulkan masalah untuk anda meneruskan penyusuan eksklusif.
1. Alihkan Bayi - Antara
langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah
dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil
itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya.
Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit”
Biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana
sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan
lemah lembut.
Untuk seketika, biarkan bayi
berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan.
Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia
tidak akan dapat menyusu.
2. Tekapkan Muka - Ketika
bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah
dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak
nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat
bernafas semula.
Sekiranya anda kerap melakukan
panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia
menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang
demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di
sesi penyusuan seterusnya.
3. Ketahui Punca - Sepatutnya
di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada
digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang
mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.
Berkemungkinan,
ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya
memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi
penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi.
Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang
telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit
bagi melancarkan pengaliran susu.
4. Amati Corak Penyusuan - Di
akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini
dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula
mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada
mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan
penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.
5. Posisi Selesa - Anda
seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam
posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya
bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan
tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.
6. Leraikan Dengan Jari - Apabila
anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari
kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu
dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba
tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh
mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.
7. Gigit Alat Lain - Berikan
bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil
yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat
bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu
agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.
Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!
8. Elak Jeritan - Cuba
hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit.
Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan
membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih
akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi
menyusu.
Cara-cara lain untuk menghentikan bayi yang menggigit adalah dengan
mengatakan "tidak" dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah
dan hentikan penyusuan.
Dia perlu mengaitkan menggigit dengan
kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini.
Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika
sebaik saja dia menggigit.
Untuk kanak-kanak yang boleh berjalan dan suka menggigit, lakukan sesuatu yang baik apabila dia tidak menggigit. Berikannya
banyak pelukan, ciuman dan pujian. Jika anda rasa dia inginkan
perhatian, berikan perhatian sepenuhnya semasa penyusuan.
Selamat mencuba!!
Bayangkan ler gigi2nya yang besar2 tuh...menggigit
ni masa usia setahun
sekarang semua gigi atas dah penuh
gigi sebelah bawah dah hampir penuh, geraham dua2 belah juga dah tumbuh...
Comments