1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, 

Disini nak kongsi 10 cara praktikal yang saya cuba dan orang kata boleh lakukan untuk membantu menghentikan penyusuan susuibu. So far semua dah buat cuma no.10 jer belum cuba lagi.

1. Jangan tawar dan jangan tolak
Ia merupakan cara paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Barikan susu apabila anak minta dan jangan sesekali menolak jika anak mahu menyusu.
2. Mengubah rutin harian
Anak kita pasti mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contohnya dia akan menyusu jika kita berada di sofa yang selalu diduduki. Oleh itu, elakkan diri daripada duduk di sofa berkenaan agar dia lupa tentang rutin yang biasa dilakukan.
3. Pertolongan daripada ayah
Ayah perlu memainkan peranan dengan mengalihkan perhatian anak yang mahu menyusu dengan melakukan aktiviti lain seperti menonton program televisyen kegemarannya, bermain alat permainan kesukaannya, membaca buku atau aktiviti yang diingininya ketika itu.
4. Alihkan perhatiannya
Kadang kala apabila si anak leka bermain, dia terlupa untuk meminta susu. Gantikan sesi penyusuan dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan ataupun roti. Kita juga boleh membawanya ke taman permainan pada waktu yang biasanya dia meminta susu.
5. Lengahkan sesi penyusuan
Tangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahunya untuk menunggu sebentar. Gantikannya dengan aktiviti lain juga boleh menjadi cara yang berkesan untuk menghentikan penyusuan.
6. Memendekkan tempoh penyusuan
Cara ini berkesan untuk anak berusia 2 tahun ke atas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan cara memberitahunya, “Sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar.” Sedikit demi sedikit akan mengurangkan kebergantungannya kepada susu ibu.
7. Memberitahu secara berhemah
Bagi yang si kecil yang berusia setahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Jasi, tunjukkan contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu. Dia pasti teruja apabila diberi kesempatan menjadi orang dewasa.
8. Kurangkan penyusuan
Dalam sehari mula kurangkan sesi penyusuan terutamanya di waktu malam. Ini membolehkan penghasilan susu ibu berkurangan sacara semula jadi dan pada masa yang sama membolehkan anak anda menerima perubahan itu.
9. Adalah baik jika kita tidak menghentikan penyusuan susu secara tiba-tiba
Hal ini akan mengganggu emosi anak malah menjadikan diri kita tidak selesa. Kita juga berkemungkinan mengalami masalah payu dara bengkak. Pendek kata jagan melakukannya secara tergesa-gesa.
10. Petua-petua lama
Terdapat juga petua-petua orang lama untuk membolehkan anak bercerai susu. Apa pun, dapatkan pandangan pakar sama ada cara yang digunakan boleh meninggalkan kesan yang kurang baik kepada si kecil.
Info : Jika ingin kurangkan penghasilan susu ibu, tuam payu dara menggunakan ketulan ais. Dalam masa yang sama, jangan sesekali memerah susu kerana ia akan menyebabkan susu ibu bertambah semula.
Sumber : majalah Pa&Ma September 2012

Post a Comment

Noriza Abdul Rahman said... September 9, 2015 at 10:15 AM

Memang tengah berusaha nak hentikan penyusuan ni sebab anak dah umur 2 tahun 8 bulan

 
Top