Skip to main content

KHUTBAH TERAKHIR SEBAGAI TANDA CINTA DAN RINDU KITA KEPADA BAGINDA NABI SAW

Salam Arafah,

Jom MENELITI KHUTBAH TERAKHIR SEBAGAI TANDA CINTA DAN RINDU KITA KEPADA BAGINDA NABI SAW KEKASIH ALLAH


Samada kita sedang berada di Arafah, atau yang sedang menyiapkan juadah di rumah. Samada yang sudah pernah mengerjakan haji, atau yang masih belum ada rezeki. Samada yang sudah pernah membaca nukilan nabi dalam khutbah ini, ataupun yang baru pertama kali...mari sama-sama kita teliti tanda kasih kita kepada baginda Nabi (S.A.W.).

Jika ini khutbah terakhir baginda, tentunya itulah juga antara skop agama yang paling utama, yang harus sama-sama kita jaga.

Jangan segan dan jangan terus-menerus mencari alasan kerana segala yang baginda wasiatkan itu telahpun berjaya baginda laksanakan dengan berkesan.

OLEH ITU, MARI SAMA-SAMA TELITI...

Berapa banyak kota suci telah dicemari?
Berapa banyak harta dan hak mukmin telah dikhianati?
Berapa banyak jiwa yang telah kita bunuh dan sakiti?
Berapa banyak RIBA' menjadi amalan negara dan diri?

Berapa banyak perkara remeh 5S, 5F telah berjaya merosak agama ini?
Berapa ramai isteri yang dikhianati dan dikasari suami?
Berapa ramai isteri yang curang dan mengkhianati suami?
Berapa banyak zina dan buang bayi?

Berapa ramai yang mengabdikan 'dunia' melebihi ilahi?
Berapa ramai yang tidak perdulikan solat, puasa, zakat dan Haji?
Berapa ramai saudara teraniaya yang tidak diperduli?
Berapa ramai si kaya yang angkuh dan membangga diri?

Berapa banyak perlakuan dosa dan orang yang tidak ingat mati?
Berapa ramai yang telah terpesong setelah ketiadaan Nabi?
Berapa banyak agama ciptaan baru dari fahaman sendiri?
Berapa ramai yang tidak fahami kitabullah dan sunnah nabi?
Berapa ramai yang meninggalkan dakwah dan saksi menyaksi?

Semuga khutbah nukilan baginda nabi SAW ini bermanfaat sebagai 'HUJJAH' dakwah kita bersempena Hari Raya 'HAJI' tahun ini.

TERIMALAH DENGAN HATI TERBUKA DOA TULUS DARI KAMI SEMPENA.. "AIDIL ADHA"

Ikhlas dari,

Comments