2
Assalamualaikum,

Hari ni masuk 2 tahun 1 bulan ++ masih menyusukan si little genius Darwisyah, sesambil hamil anak ke-4. Pening memikirkan cara nak nak bercerai susu ibu dengan dak genius ni. So far memang tak offer jer, tapi dia datang dan minta. Ikut Islam point of view, dah sempurnalah tempoh penyusuan kami pada usia ini.
Memandangkan momma bakal melahirkan adik Darwisyah dalam bulan October ni, kena juga ihtiarkan sesuatu supaya nanti masa baby nak breastfeed dia tak "kongker" sorang-sorang pulak. Mungkinkah kami akan bertendum nursing dengan baby nanti? Hmm... pengalaman baru lagi. Siapa ada pengalaman boleh kongsi apakah cabarannya nanti. 

Setakat ni Darwisyah dah minum formula sikit-sikit tapi selalu tak habis. Most of the time minum air putih dan madu. Tak pun bagi susu kotak, tapi dia tak la nak sangat. Bila ada kakak-kakak jer laju minum.
Sejak masuk trimester ke-3 kehamilan ni susu dah kembali meriah, jadi makin ligat Darwisyah nak menyusu terutama sebelah malam semasa tidur, tak lepas... Kekadang sakit gak. Biasa gak tetiba jer jerit-jerit kesakitan. Bila cakap momma sakit, kekadang dia faham tapi kalu nak tidur tu memang mengamuk la. 
Pernah satu malam abahnya kidnap tak bagi tidur dengan momma. Huhu... jenuh menangis jer sambil tidur dengan abah. Sian pun ada tapi sebab nak ngajo punya pasal. Esoknya bangun pepagi siap merajuk dengan abahnya. Lepas tu badan dia start dedar-dedar panas. So terpaksa la momma tundakan dulu cara itu.
Ada gak tanya pakcik google dan jumpa 10 cara dari majalah PaMA. So far, dah cuba 9 cara yang disarankan, tapi belum menampakkan hasilnya. Nanti kita share 10 Cara tu kat entry berikutnya. 
So mummy-mummy yang ada pengalaman, jemput kongsi please. Walau nak masuk anak ke-4 ni pengalaman pertama. Masa Damia, dia stop sendiri masa tengah mengandungkan Dzakirah lagi. Masa Dzakirah dia stop sendiri gak masa usia 2 tahun 4 bulan lepas jumpa susu Sustagen. Yang Darwisyah ni, takde tanda-tanda nak berhenti walau masa Trimester 1-2 susu drop. Setia hanya yang satu... ahakssss.

:: Berminat untuk order Shaklee dan / atau sertai kami? Hubungi saya ::
Azlin
Call / Whatsapp / SMS / Telegram : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM

Post a Comment

Faizah^Ramli said... September 7, 2015 at 4:52 PM

Nak cerai susu pun ada masalahnya kan?semoga berjaya... tandem nursing la jawabnya nanti bila adik baby dah keluar... smg selamat dan mudah semuanya ya alin :)

Azlin Mohd Atan said... September 9, 2015 at 10:47 AM

@Faizah Ramli : hihi kan. Terima kasih atas doa yg dikirimkan. Semoga Faizah juga sukses dl menyusukan Ammar Yaser

 
Top