Sebagai seorg ibu baru yang berkerjaya saya terpanggil untuk entry kali ni "Penyusuan Ibu Berkerjaya". Entry ni penting kerana saya tak nak sesiapa pun especially to all 1st timer expecting moms buat apa yang saya tertinggal di saat menanti kelahiran si comel saya.
Kebiasaan persiapan menanti orang baru lebih bertumpu kepada
- penjagaan semasa kandungan
- pemakanan semasa kandungan
- persiapan untuk kelahiran i.e baju, lampin, stokin, tuala, bantal, tilam etc
- pemilihan hospital untuk bersalin - swasta or kerajaan?
- pemilihan nama anak
Tapi satu yg saya terlepas pandang ialah "Bagaimana persedian Ibu selepas kelahiran bayi especially in penyusuan susu ibu". Saya dibesarkan dalam era susu formula, 1979. I guess persekitaran saya i.e family dan teman2 rapat kurang mempraktikan amalan penyusuan susu ibu secara ekslusif.
Rata2 yang saja jumpa semuanya berjaya fulltime menyusukan anak sehingga habis pantang. Ada juga yang hanya beberapa hari kerana masalah puting tersumbat, baby tak nak menyusu & baby tak cukup susu... asyik menangis jer.
Selepas kelahiran saya memang buta ilmu ttg penyusuan. Walaupun selepas kelahiran Damia, doktor memberikan baby kedada saya & suapkan baby keputing saya, saya tidak pasti sama ada Damia dapat the 1st "kolostrum" iaitu imunisasi/antibodi pertama bg bayi. Biasanya kolostrum akan keluar seawal kelahiran dan berakhir pd hari ke 10.
Kolostrum seawal 1 jam selepas bersalin akan membantu mengurangkan kadar kematian bayi semasa awal kelahiran. Jika saya bersedia dgn ilmu penyusuan lebih awal, saya akan pasti Damia gets her 1st Kolostrum. Selepas keluar dari labour room (dlm 9.30am), saya hanya dapat berjumpa & menyusukan baby saya dalam kul 3 pm.
Bayangkan 6 jam saya dipisahkan dgn anak saya tanpa memberikan susu secara on-demand kepada bayi. Sebenarkan sama ada hospital tempat melahirkan bayi itu Hospital Rakan Bayi atau tidak anda masih berpeluang untuk berikan penyusuan secara ekslusif. Caranya ...
"Request pd doktor/jururawat anda mahu menyusukan anak secara eksklusif selepas bersalin. Selalunya mereka akan remarks* Fully BF utk anda"
Pulang ke rumah, saya decide utuk berpantang di rumah sendirii 1 bulan then next 1 bulan di rumah emak sebab untuk memudahkan emak saya berterawih di kampung... {oh ye for mommies info, saya bersalin awal 3 minggu dr expecting date and 1 month before bulan Ramadan}. Semasa berpantang dirumah sendiri, saya masih lagi kurang sedar untuk mendapatkan tips2 or info berkaitan penyusuan bayi. Tapi saya masih melakukan penyusuan bayi secara direct until Damia kene Jaundice.
3d2n kene tahan kat hospital and sepanjang waktu tu saya tak lepas do my pumping and hantar to DEMC pagi & petang. Akibatnya...Damia alami puting kompius... Syok Puting botol masa di DEMC... Kesian baby kan =(.
After Damia pulang ke rumah setiap 2 jam saya pastikan dia minum susu mama dia, tapi ada ketikanya saya bg botol sbb to make sure saya tau brapa byk dia minum. Satu lagi kesalahan saya.
Di pendekkan cerita, semasa di umah Mak, saya baru berkesempatan menggali ilmu tentang penyusuan susu ibu. Gazillion thanks to below website, sbb melalui mereka saya blajar tentang bagaimana untuk berjaya dlm penyusuan susu Ibu. Also, buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Berkerjaya. This book really had motivated me to fully BF my ist child. A must-read for expecting moms. RM10 jer.
Comments