Skip to main content

My best friend - Pump Ameda

Mari berkenalan dengan best friend momma... ke hulu kehilir kami sentiasa bersama. Tak kira jika momma outstation mahupun balik kampung, mesti tak tinggal punyer. Dia lah Ameda - Lactaline Dual Breastpump. Momma beli di Fabulous Mom. Yang best nya adalah after sales support - Value Added Service from Fabulous Mom: A loaner unit will be given to you while your pump is being serviced... ni penting jika mommies plan nak beli pump. Tak risau takde pump jika hantar service. Maklum ler kalo menjadi pengepump tegar, service pump adalah penting, if not nanti akan mengganggu emosi & hasil pumping wooo...


Lagi satu sebab why momma pilih Ameda adalah sebab suction dia... best & tak sakit. Bunyi sucking baby pun sedap didengar. Inilah pilihan suction momma di waktu nih (rujuk gambar). Untuk mommies yang plan nak beli breast pump, seeloknya korang mintak la try suction pump tuh... then you will know the difference. Momma dulu try Spectra & Ameda. Mula-mula plan nak amik Spectra but after try suction jatuh chenta dengan Ameda... sib baik ada budget lebih. 

Selain tuh Ameda nih boleh bateri operated jika tiada supply power... sangat sesuai untuk momma yang selalu travel.

Momma beli pump nih semasa Damia 6 bulan...  dulu pakai Avent manual.  Penat woo ditambah slalu kejar masa bila pumping. Kalo sbelah B 20 min, 2 B dah 40 min, bila nk buat kojer kan? Dengan Ameda nih max momma pump 15-20min untuk 2 B. Momma pakai sehingga Damia 1 Tahun 2 bulan then preggy & pump direhatkan. Sekarang diperturunkan untuk kegunaan lil Dzakirah pula. Alhamdulillah dah nak hampir 6 bulan momma pakai. Dah service 3x rasanya, 2x masa Damia & 1x sebelum lahirkan Dzakirah. So to those mommies yang baru masuk anak pertama, fikir & belilah pump untuk pakai long term.


Ni cooler bag momma cum sumber inspirasi di kala mengepam. Sangat ler penting untuk merangsang mood pumping & stimulasi semasa pumping.


Ni pula bag susuan momma ke hulu ke hilir.... bag Mandela, momma beli pre-loved dari kawan opis. Thanks kak Mai sudi jual kepada momma.


 macam-macam boleh sumbat tau dalam bag nih...


p/s: 
1. untuk tips memilih pump boleh refer sini... http://www.breastpumpcomparisons.com/how-to-choose.html  

2. entry ni khas dituju untuk rose @ ibuRafiq. Buat ler pilihan yg tepat dear!! 


Comments

Mek Rose said…
haa tu dia..dah kuar posting pasal Pam ni..ehehe

thanx alin..

ooo..sy ni tak pernah servis pam tu..maybe kene servis dulu la ni baru suction dia ok..patutlaaaa..ish2..

thanx again alin utk posting ni n happy pumping..byk jasa kan pam2 kita ni..:-)
Kat beg tu mmg ada gambar ur princes ke? so sweet...
Ummu Mishkah said…
cooler bag yang sweet... nak letak gambar anak I jugaklah kat my cooler bag! :)