sumber goggle Relaktasi ialah proses menyambung semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan. Sebab sebab ibu mahu memulakan relaktasi antaranya ialah bayinya tidak boleh menerima susu formula (formula intolerance), keadaan kesihatan ibu dan anak, perubahan rumah mahupun tempat kerja dan keinginan untuk menyusukan semula anak selepas bercerai susu(weaning) terlalu awal. Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif: 1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu. 2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula) Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas. Kenapa Mahu Relaktasi??? Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang ...