Sungguh ajaib jika difikirkan tentang proses pembentukan susu. Tiada kilang di dunia ini yang mempunyai teknologi canggih yang boleh memproses DARAH MERAH serta ZAT-ZAT Makanan menjadi susu putih. Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t Yang Maha Mencipta. Subhanallah!!!
Apabila lahirnya seseorang bayi ke dunia, dia mesti menyesuaikan tubuh badannya dengan alam kehidupan yang baru. Semasa di dalam kandungan, segala perlindungan dan bekalan makanan telah diberikan oleh ibunya melalui rahim dan juga plasenta (uri). Namun, apabila dilahirkan semua perlindungan tersebut telah terputus dan ia memerlukan sesuatu sebagai ganti untuk perlindungan diri mereka. Selepas dilahirkan, tugas-tugas rahim dan plasenta telah diambil alih oleh makanan pertama yang mereka makan iaitu SUSU IBU.
Penghasilan susu ibu ditentukan oleh sejenis hormon dalam badan ibu, iaitu Hormon Prolaktin. Hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung, hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin terus meningkat. Peningkatan hormon prolaktin seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.
Fenomena ajaib ini telah disusun oleh Allah s.w.t supaya nutrisi yang sangat bernilai ini disediakan tepat pada masanya apabila bayi memerlukannya, iaitu sebaik sahaja selepas dilahirkan. Semasa di dalam kandungan, plasenta memainkan peranan untuk membekalkan segala nutrisi dan keperluan lain kepada bayi. Selepas dilahirkan, bayi akan terpisah dengan plasentanya dan Allah s.w.t telah menggantikan dengan sesuatu yang baru sebagai sumber nutrisi mereka iaitu SUSU IBU.
DARAH MERAH MENJADI SUSU PUTIH
Para saintis telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghasilkan satu formula nutrisi yang menyamai susu ibu, namun sehingga kini masih belum berjaya. Ini kerana setiap ibu menghasilkan susu yang tidak sama antara satu sama lain kerana antibodi, hormon, vitamin-vitamin dan garam mineral di dalam setiap susu ibu berbeza antara satu sama lain.
Daripada darah merah yang mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah ibu bercampur dengan zat-zat makanan dari usus, kemudian diproses dikilang yang amat kecil berupa kelenjar-kelenjar di payudara ibu, seterusnya berupaya menghasilkan satu nutrisi yang begitu hebat sekali.
Subhanallah, Maha suci Allah!!So buat ibu-ibu baru jangan kata susu anda tiada or kurang yer sebab Allah menjadikan setiap ibu itu punya susu... belajar dan galilah lmu bagaimana untuk menghasilkan susu dari darah merah menjadi susu putih... Semua nya bergantung kepada MINDSET dan USAHA anda!! ~ mommaMia
Sumber : Artikel penuh boleh baca SOLUSI no.28 - Susu Ibu Makanan pertama di Dunia - by Dr. Farhan Hadi Mohd Taib
Comments
Thank you for the great info.....
sangat memberi semangat kepada ummi.