Skip to main content

Muhasabah Diri : Jangan Ulangi Kesilapan itu...



Bismillah Ar-Rahman Ar- Rahim.
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'alihi. Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
ابغوني الضعفاء فإنما تنصرون و ترزقون بضعفائكم

Aku mahu orang2 yang lemah/tua.Maka hanyasanya kamu itu diberi kemenangan dan rezki disebabkan orang2 tua/lemah yang bersama kalian.
~Riwayat Imam Abi Daud dengan sanad yang baik.

Sudah 2 kali sejak di tanahair, saya bertemu dengan seorang nenek yang sama nasibnya. Nasib seorang ibu yang mempunyai anak-anak akan tetapi anak2 tersebut tidak mampu menjaga seorang ibu.

Saya ketemu seorang nenek yang berusia lewat 70-an di Masjid Kassim,Kembangan. Kelihatan beliau perlahan-lahan turun dari tangga,bersama tongkatnya dan handbeg. Sambil memimpin beliau ke tandas, Saya bertanya kepadanya: 
"Nenek,tinggal mana?"

Beliau menjawab: "Nenek tinggal Woodlands. Selalu datang sini naik bus. Suka datang sini dengar ceramah. "

Saya tanya lagi: "Nenek datang seorang diri saja? "

Dia berkata:"Ya...nenek dah biasa.Yelah,anak2 sibuk bekerja,dah tak boleh hantar kita ke masjid lagi. Kalau nenek mati pun dalam perjalanan,mati syahid sebab pergi masjid."

Dalam hati saya berbisik:"Allah...Bagaimana nenek ini boleh turun naik bus sendiri dari rumah ke masjid dengan keadaannya seperti ini? Ajib.

"Tetiba saya terfikir akan diri saya nanti... Ayah saya walau penat bekerja tetap sanggup menghantar anaknya ini ke majlis2 ilmu dengan kenderaannya, Saya bagaimana ya Allah? Adakah mampu saya lakukan itu di waktu usia senja ayah nanti? Menghantarnya ke majlis2 ilmu yang beliau mahu hadir ?! 

Setelah solat,nenek itu menghampiri saya dan mengadu akan nasibnya. Dia mulakan perbualan dengan menceritakan dirinya: 
"Kalau ada anak lelaki yang baik pun,tapi kalau sudah dengan isteri, fahamlah kan."

Allah... bagaimana kita sebagai isteri nanti ??? Adakah kita akan mengingatkan suami kita akan tanggungjawabnya kepada ibunya terdahulu sebelum tanggungjawabnya kepada kita?!

Teringat cerita berkenaan dengan Sayyidi Al-Habib Umar Ibn Hafidz:

Diceritakan bahawa setiap hari,walau dengan kesibukan waktunya,beliau akan singgah menziarahi ibunya,duduk dan berbual sebentar bersama ibunya. 

Jika ibunya belum mengerjakan solat,beliau akan solat bersama ibunya agar ibunya dapat mengerjakan dalam jemaah walau beliau sudah kerjakan solat itu di masjid.

Subhanallah...! Kalau beliau bermusafir pula,orang pertama yang akan ditelifonnya adalah ibunya.Allah...

*****************

Untuk meredakan hatinya, saya berkata:
"Takpe eh nek,nenek jangan putus2 berdoa untuk anak2 nenek. Doa nenek mustajab."

Tambahnya lagi:"Buat apa doakan mereka?! bertambah sakit hati.Duduk di rumah pun tak tenang.Nenek selalu tidur di rumah kawan nenek.Pindah dari 1 rumah ke rumah yang lain." Allah...

Seorang ibu terasa dirinya bagai seorang pengemis dan orang asing buat anak-anaknya. Ya Allah jauhkan kami dari musibah itu. Banyak lagi yang diceritakan oleh nenek itu, tapi biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan saya. 

Dan itulah sebenarnya keadaan kebanyakkan masyarakat disini. Sepanjang beliau menceritakannya itu... Tanpa disedari,airmata saya mula mengalir. Sedaya upaya saya untuk menahannya tetapi tidak mampu. 

Kemudian nenek itu terlihat tangisan saya dan berkata..."Anak menangis ?!" Beliau tersenyum dan menundukkan pandangannya sambil menangis.

Wajahnya beliau palingkan dari saya untuk menahan sebak."Nenek...jangan nangis...."Allah...

saya buat nenek ini bertambah sedih. Saya minta maaf. Akhirnya,beliau bertanya akan nama saya. saya beritahu nama saya dan beliau kata:
"Nama anak apa nak? nanti hari khamis ini, ada majlis di Masjid Ba'alwi, nenek doakan anak. Anak jangan risau."

Gembira saya kerana dapat semula doa khusus dari seorang nenek setelah kematian nenek saya. Kekadang itu,yang dapat melembutkan hati awak bukan dengan amalan ibadah awak, akan tetapi dengan awak bergaul orang2 yang lemah seperti mereka. Hati yang keras pun mampu menjadi lembut bila bersama mereka. Apalah erti kita disanjung oleh orang, dipandang tinggi, akan tetapi bagi ibu ayah kita,kita ini merupakan anak yang tidak boleh diharap. Kita begitu sibuk melakukan khidmat pada orang luar,tapi ibu ayah kita sendiri,kita tidak mahu atau bermalas-malasan untuk berkhidmat! kita berkhidmat atas dasar hawa nafsu bukan kerana Allah.

Kata Sheikh Rohimuddin Al-Bantani:
"Cinta ibu kepada anak adalah Cinta mutlak akan tetapi cinta anak kepada ibu adalah maslahat."

Sepanjang dari perbualan itu...Saya banyak bertanyakan kepada diri "Kamu bagaimana sebagai seorang Anak?"

Saya tidak mahu nasib ibu itu terjadi pada ibu saya. Saya takut, Saya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan baik nanti.

Ya Allah,Jadikan kami anak2 yang menyejukkan hati kekasih agungMu Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam,Ya Allah,Kami ingin pakaikan mahkota buat ibu dan ayah kami di akhirat nanti....

Renung-renungkan... Buat peringatan kepada diri sendiri!!

sumber :http://almaarif87.blogspot.com/search/label/Muhasabah%20Diri

Comments

zaidah said…
semoga kita menjadik anak yang berbakti untuk ibu bapanyer
alinalan said…
@ Zaidah - InsyaAllah.. Amin!!