USAH DIRENUNG LETIHNYA USAHA!!!... tetapi... anda habiskan ayat itu... Sesungguhnya saya memerlukan makanan motivasi... Semoga anda juga turut terpias dengan aura positif ini untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam...
Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:
1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.
2. Minda.
3. Tindakan.
Ketiga-tiganya
kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata
hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi
negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya
jadi positif. Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan
merasai impaknya.
Melalui
gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai
apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara
positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda.
Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak
kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat
mencapai kemajuan.
Hati
adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada
ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan
negatif. Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam
hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi
positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:
1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.
Down
cemanapun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan
bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi
lalu merubahnya jadi positif.
Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.
Be strong!
sumber : http://www.imotivasi.com/
Comments