Bismillahirrahmanirahim... 
** Panduan & peringatan untuk diri sendiri
** Panduan & peringatan untuk diri sendiri
Alhamdulillah dengan izinNya. Thank you Allah kerana memakbulkan permintaan kami.
Semoga segala urusan sebelum semasa & selepas mengerjakan umrah dipermudahkan. Sepuluh jari disusun mohon kemaafan buat semua teman2 blogger secara langsung mahupun tak langsung yer... Buat beloved supeMak shoppe customer, mohon halalkan segalanya jika ada terkurang terlebih sepanjang berurusan dengan kalian. Jika ada yang kami berhutang sila PM alin yer [019-268 2709]
In shaa Allah awal Mei 2013 ni kami akan berangkat. 
Doakan kami selamat pergi & selamat pulang.
==========================
Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T.
Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila:
- diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.
- caranya menepati syariat yang ditetapkan;
- tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan
- ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan.  
Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain.
Mendapatkan ilmu yang cukup
Setiap
 ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini 
kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. 
Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami 
supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa 
bergantung kepada orang lain. 
Menggunakan sumber wang yang halal
Ibadah
 umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama 
ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana 
sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit 
yang digunakan. 
Pastikan
 wang ringgit yang digunakan  untuk menunaikan umrah (tambang menambang,
 makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk 
kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari 
sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, 
selain dari berdosa, boleh menyebabkan  hilangnya keberkatan dalam 
kehidupan.
Menjaga kesihatan jasmani dan rohani
Pelaksanaan
 ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan 
emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang 
baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah
 hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal 
perasaan.
Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain
Ibadah
 haji adalah rukun yang kelima dan terakhir selepas mengucap dua kalimah
 syahadah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan 
dan mengeluarkan zakat. Bakal-bakal
 jemaah umrah perlu terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sempurna 
bersabit tuntutan Syahadah, sembahyang, puasa dan zakat serta 
melaksanakannya.
Memperbanyakkan amalan sedekah
Sesuatu
 yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, 
ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan 
sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman 
atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah 
pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia.
Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.
Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.
Menunaikan sembahyang berjemaah
Matlamat
 menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk 
memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di
 Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan
 sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat 
berjemaah.
Menjauhi amalan-amalan syirik
Menyengutukan
 Allah adalah merupakan salah satu dosa besar. Tidak selayaknya orang 
yang hendak menjadi tetamu Allah membuat kerja-kerja syirik seperti 
beramal dengan ilmu sihir, bergantung hidup kepada tangkal azimat dan 
sebagainya.
Selain
 itu, bakal-bakal jemaah hendaklah menghindari sifat suka mengejar 
kebendaan dan kesenangan hidup sehingga meremehkan soal halal dan haram,
 dosa dan pahala serta syurga dan neraka.
Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela)
Tanah
 Suci Makkah adalah tempat orang memperlihatkan peribadinya yang 
sebenar. Orang yang hendak menjadi tetamu Allah S.W.T. hendaklah 
mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah 
niat di hati.
Sifat-sifat
 buruk seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka 
mendedahkan aurat, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. 
Menurut maksud hadith, hasad dengki menghapuskan amal kebaikan seseorang
 sepertimana api membakar hangus kayu api.
Tanah
 Suci Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap 
pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, 
tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi 
sesama jemaah.
Membersihkan diri dari dosa
Sebelum berangkat ke Tanah suci bakal jemaah hendaklah bertaubat dengan:
- meninggalkan serta merta perbuatan yang telah menimbulkan dosa;
- berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi;
- merasa kesal yang amat sangat di atas perbuatan dosa itu; dan
-
 jika dosa itu ada kaitan dengan manusia, perlu mendapatkan kemaafan dan
 pernyataan halal bagi kesalahan yang dilakukan dan hak yang  diambil 
dari manusia tersebut.
Berdoa dan bertawakkal
Perancangan
 Allah S.W.T. mengatasi segala perancangan makhluk-Nya. Segala persiapan
 yang telah dibuat tidak dapat menjamin ibadah umrah dapat dilakukan 
dengan sempurna. Justeru, para jemaah perlu banyak berdoa kepada Allah 
S.W.T., memohon keampunan dan pertolongan-Nya.
Para
 jemaah juga sebaiknya memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, 
Tasbih, Taubat dan Hajat menjelang keberangkatan dan juga sepanjang 
berada di Tanah Suci.
Comments
Tahniah lin!
Moga dipermudahkan segala urusan...
Doakan kami jugak ye
Take care!
seronoknya dapat menunaikan umrah
moga dipermudahkan segalanya