Skip to main content

Hari baik, bulan baik.... We are back !! Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirahim... 



Salam Ramadan buat semua pengunjung setia Miakididdles dan semua pelanggan setia SuperMak Shoppe... Kami sekeluarga nak memohon ampun maaf atas segala salah silap kami sepanjang kita mengenali dan bersahabat walaupun secara maya mahupun secara face2 face ... secara sedar mahupun tak sedar yer...

Mari kita rebut peluang di bulan mulia ni untuk berpesta ibadah.. merebut pahala berlipat kali ganda...
In shaa Allah rezeki Allah akan datang dari arah2 yg tak disangka-sangka... Semoga ibadah puasa kita diterima dan lebih berkualiti tahun ini. Ameen ya Rabb.

Doa Hari Pertama Ramadan

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.

p/s : 

Terlau rindu utk mencoret kata2 di warkah blog Miakididdles ini... Terima kasih buat yg sudi berkunjung walau tiada entry terbaru... Terlalu banyak yang ingin dikongsikan terutama perjalanan mengerjakan umrah semasa hamil dan 1001 satu dugaan setelah pulang mengerjakan umrah sehingga ke hari ini... 

In shaa Allah Alin akan bersalin 22 Ogos ni, Doakan semoga selepas Hari Raya yer, takde ler nak mengganti puasa lagi cam zaman Damia... Nantikan kisah perjalanan penyusuan susuibu anak ke-3 ni pula... yang pasti cabaran tak sama seperti anak2 yg lain... Selain itu nantikan detik2 yang dinanti-nantikan sejak 3 tahun lalu utk dikongsikan bersama kalian semua... >__< In shaa Allah soooooooooon

Luv,
Alin
WAHM in the making

Comments