Skip to main content

11 langkah penyediaan jus daun betik untuk pesakit denggi menurut Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur


Alhamdulillah, Institut Penyelidikn Perubatan (IMR) Kuala Lumpur telah membuat kajian klinikal dan telah MEMBUKTIKAN bahawa jus daun betik boleh digunakan sebagai rawatan sampingan untuk pesakit denggi terutamanya bagi meningkatkan kandungan platlet.

Berikut cara penyediaan jus yang betul untuk kita amalkan yang disarankan oleh IMR. Semoga ada sinar untuk pesakit-pesakit denggi seterusnya mengurangkan kematian akibat wabak denggi diseluruh negara. In shaa Allah.

Cara meningkatkan kandungan platlet

11 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN JUS DAUN BETIK 

  1. Sediakan tempat untuk menyediakan jus daun betik
  2. Ambil 2 helai daun betik matang dan buang tangkai daun. Basuh daun dengan air bersih yang mengalir.
  3. Rendamkan daun yang sudah dibersihkan ke dalam bekas yang berisi air selama 15 minit.
  4. Bilas daun dengan air bersih sekali lagi.
  5. Tos / keringkan daun untuk menyingkirkan air bilasan
  6. Potong daun sehingga menjadi kepingan yang kecil.
  7. Kisar daun dalam mesin pengisar TANPA TAMBAH AIR.
  8. Jus daun betik siap disediakan. 
  9. 2 helai daun betik dapat mengjasilkan sebanyak 30ml atau 2 sudu besar.
  10. Tuang jus ke dalam sudu besar
  11. Minum jus daun betik sebanyak 2 sudu besar.
** Jika anda tiada blender atau mesin pengisar anda juga boleh menumbuk kepingan daun betik TANPA TAMBAH AIR sehingga halus, (untuk rujuk no.7).
** Daun yang telah ditumbuk kemudian ditapis untuk asingkan jusnya (untuk rujuk no.8)

PERINGATAN

  1. Amalkan pengambilan jus betik SEKALI SEHARI untuk 3 HARI BERTURT-TURUT
  2. Digalakkkan mendapat nasihat doktor sebelum memberikan jus daun betik kepada kanak-kanak berusia 13 tahun dan ke bawah.
  3. Pengambilan jus betik adalah rawatan sampingan dan BUKAN rawatan khas untuk demam denggi

Rawatan sampingan pesakit denggi untuk meningkatkan kandungan platlet
Surat hebahan Institut Penyelidikn Perubatan (IMR) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia

Anda juga boleh usahakan dengan pengambilan nutrisi dari makanan tambahan untuk meningkatkan imun sistem badan agar dapat mengelakkan serangan demam denggi dari berulang. Antara yang disarankan

  1. VIVIX :: Mengandungi Reveratrol dan Polyphenol yang bersifat ANTI-INFLAMMATORY, ANTIOKSIDA, ANTI-TUMOR dan ANTI-MICROBIAL
  2. NUTRIFERON :: Menguatkan sistem imun dengan mendorong pengeluaran semulajadi interferon dalam badan
  3. ESP SOY PROTIEN :: Protien membuat enzim dan immunoglobulins yang membantu menjadikan sel-sel imun seperti antibodi
  4. SUSTAINED RELEASE VITA-C :: Meningkatkan (booster) sel darah putih, antimikrob dan sel pembunuh semulajadi aktiviti. Ini akan mengurangkan demam yang berpanjangan / keterukan dan memendekkan tempoh selesema biasa 
  5. CAROTOMAX : Meningkatkan fungsi sel darah putih. Ini membantu meningkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan dan karsinogen
  6. ZINC COMPLEX :: Meningkatkan sel pembunuh semulajadi di dalam badan pesakit denggi. 
  7. GARLIC COMPLEX :: Bersifat Natural antibiotic. Ini boleh menghalang keupayaan kuman untuk terus membesar dan membiak.
Semoga bermanfaat untuk kita semua !!

----/

Azlin
Call / Whatsapp / SMS : 019-2682709  
Email : azlin.mohdatan[@]gmail.com
COD Shaklee : Shah Alam . Putra Height . Denai Alam . Bukit Jelutong . HICOM

Comments