Skip to main content

Bagaimana berinteraksi Dengan Alquran

Sungguh, nak bercinta dengan apa skali pun kena disertakan dengan tindakan.

.
Apabila baca Alquran dan tagging ikut teknik bahagikan kepada 4 kategori ikut warna ni, feel dia sangat berbeza. Seriyes. Rasa macam dipandu oleh Allah.


Teknik Tagging 4 kategori ikut warna


1. Hijau : Action Plan
2. Biru : Doa
3. Pink : Janji Allah
4. Oren : Healing

.
#BagaimanaBerinteraksiDenganAlQuran
4 cara untuk berinteraksi dengan Alquran:

(1)
Action Plan ialah Ayat yang memberi solusi untuk sesuatu

Contoh:
Carilah pertolongan dgn cara sabar & solat

Action plan:
Jika cabaran masih tak selesai, banyakkan lagi
1) Sabar (ni kena doa minta Allah ajarkan diri kita bersabar)
2) Solat (selain solat fardhu). Solat taubat, Solat tahajud dan lain-lain

.
(2)
Doa
Terlalu banyak contoh doa para Nabi atau orang soleh yang indah indah Allah rakamkan dalam Alquran. Kita boleh tiru dan amalkan untuk kita lebih beradab dalam berdoa. In shaa Allah.

.
(3)
Janji
+ Janji Allah ada 2, berupa Azab atau Ganjaran.

+ Apabila berjumpa bab azab, terus doa “lindungi kami & keturunan dari golongan ini ya Allah”

+ Apabila berjumpa bab nikmat/ Syurga, terus doa “pilih kami & keturunan kami dari golongan ini ya Allah”

+ Terus berinteraksi dengan Alquran.

n shaa Allah, Janji Allah ni akan pecahkan “batu-batu” dalam hati kita.


.
(4)
Healing
+ adalah ayat yang apabila membacanya memujuk-mujuk hati yang sedang sedih, marah dll

Contoh Ayat:
++ Allah *SAYANG* orang yang sabar
++ Allah *SAYANG* orang yang sentiasa buat kebaikan.


.
Akhirnya, sebelum memulakan aktiviti bercinta dengan Alquran, mohon perlindungan Allah dengan membaca taawuz dahulu ya.

.
In shaa Allah, Allah lindungi kita semua.
Moga Allah sentiasa pilih kita semua untuk bercinta dengan Alquran sampai bila-bila ðŸ’•

.
Selautan terima kasih dan doa yang lebih baik buat Puan Guru, Puan Cahaya Norhaini Sulaiman dan #FamilyAkademiCahaya ðŸ˜˜

ps.
Mari belajar sama-sama.


Comments