Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

Dorong diri untuk terus ‘ahsanu amala’ melakukan kebaikan setiap hari

Berukwah sambil muhasabah akhir tahun 2019 dengan sesi Alquran, tadabbur surah Al Ghafir di Dewan Astana Alhambra, Taman Pinggiran TTDI, Kuala Lumpur. Sungguh, terlalu banyak mutiara Alquran, Allah ajarkan hari ini. Satu demi satu ayat bagai diketuk dan dijentik malah ada juga yang rasa bagai dipeluk  peluk  merasai kasih sayang Al Rahman. Allah bukan saja Maha Pengampun malah Penerima Taubat dan sangat luas kurniaanNya (ayat 3) kepada siapa yang mahu beriman, manakala malaikat akan sentiasa mendoakan kita (ayat 7-9). Tanya diri, nak terus terusan tegar jadi orang yang ingkar dan kufur atau mahu dipilih jadi golongan dipayungi doa malaikat yang power? Doa dan doa Allah pilih kita semua, untuk + diberikan keampunan untuk bertaubat + dipelihara dari azab neraka + dimasukkanlah ke dalam Syurga "Adn" bersama ibu bapa, isteri dan keturunan. + dapat rahmat agar terpelihara daripada kejahatan yang dilakukan. Dalam Ayat 13, Allah siap kata, "... yang mendapat pengajaran hanya or...