Skip to main content

Dorong diri untuk terus ‘ahsanu amala’ melakukan kebaikan setiap hari



Berukwah sambil muhasabah akhir tahun 2019 dengan sesi Alquran, tadabbur surah Al Ghafir di Dewan Astana Alhambra, Taman Pinggiran TTDI, Kuala Lumpur.


Sungguh, terlalu banyak mutiara Alquran, Allah ajarkan hari ini. Satu demi satu ayat bagai diketuk dan dijentik malah ada juga yang rasa bagai dipeluk peluk merasai kasih sayang Al Rahman.

Allah bukan saja Maha Pengampun malah Penerima Taubat dan sangat luas kurniaanNya (ayat 3) kepada siapa yang mahu beriman, manakala malaikat akan sentiasa mendoakan kita (ayat 7-9).

Tanya diri, nak terus terusan tegar jadi orang yang ingkar dan kufur atau mahu dipilih jadi golongan dipayungi doa malaikat yang power?

Doa dan doa Allah pilih kita semua, untuk
+ diberikan keampunan untuk bertaubat
+ dipelihara dari azab neraka
+ dimasukkanlah ke dalam Syurga "Adn" bersama ibu bapa, isteri dan keturunan.
+ dapat rahmat agar terpelihara daripada kejahatan yang dilakukan.


Dalam Ayat 13, Allah siap kata, "... yang mendapat pengajaran hanya orang orang yang kembali kepada Allah"

Puan guru, Puan Cahaya pesan, siapa yang cari jalan kebenaran, dia akan dapat kebenaran!
In shaa Allah.

Dalam mencari kebenaran, terdapat 3 fasa iaitu

1- Inabah : Iaitu cetusan rasa ingin mencari kebenaran.

2- Ikhtiar : itulah hidayah. Waktu ini iman boleh naik dan turun. Malah saat ini iman akan mula diuji uji.

3- Istiqomah : Ujian waktu ini lebih lebih besar. Jika lulus fasa ini akan diangkat darjat lebih tinggi iaitu Kemuncak darjat.

Saat ini iman sukar untuk turun lagi. Darjat ini menurun pelajaran tafsir iman Para Sahabat Baginda Rasulullah SAW yang terpilih.


Secara keseluruhannya, Allah ingatkan surah ke-40 ini adalah surah yang sangat penting untuk tauhid. Kunci rahsia initipati terpenting Surah Ghafir ada pada Ayat 14.

Iaitu seru hanya kepada Allah. Jangan sombong jangan angkuh dan rasa diri berkebolehan!

Kena sedar diri kita sangat lemah, setiap saat perlu mohon pertolongan hanya pada Allah.


Pesan Puan guru lagi, 4 ciri orang yang kufur dan sesat adalah mereka yang

1- Ragu ragu dengan diri sendiri
2- Bila ditegur, dia degil dan sombong
3- Mujadalah iaitu membantah bantah, berdebat, bermusuh musuh dan bertengkar
4- Allah kunci hati mereka, bila terus terusan sombong dan lakukan ciri 1-3.


Refleksi diri kita ada tak cici ciri ini dalam diri kita.

Nauzubilahiminzalik.
Jauhkan kami jadi golongan ini ya Allah.


Ampuni dosa kami Ya Allah. Rahmati kami dengan Alquran ya Allah. Akhiri hayat kami dengan Husnul Khotimah. Allahumma Amin.



Didoakan tahun Baru 2020, kita terus dorong diri untuk terus ‘ahsanu amala’ melakukan kebaikan setiap hari.

La hawla wala quwwata illa billah.


Nota: Didoakan pahala berpanjangan buat yang infaq kerusi ini untuk saya dan sahabat lain.

#AkhiriTahunBaruDenganTaubatKepadaAllah

Comments