Ibu sememang nya sangat senonim dengan panggilan ratu.. kalo tak masakan ada lagu mencoretkan bait bait lirik seperti ini... ibu...ibu.. engkaulah ratu hatiku... bila ku berduka engkau hiburkan selalu... ibu...ibu.. engkaulah ratu hatiku... Dinobatkan sebagai Ratu Susu Ibu pertama bagi tahun 2010 sememangnya bukan suatu yang terlintas setiap kali info penyusuan dikongsikan di blog Miakididdles... Kebetulan mommyLyna ada menghantar email mintak saya berkongsi lagi tentang pengalaman suka duka sepanjang perjalanan penyusuan saya... Hatta... Saya mahu semua ibu-ibu menjadi Ratu Susu Ibu dari blog Susu Sihat !! Bagaimana mahu menjadi Ratu Susu Ibu...??!! Penyusuan susu ibu tidak semudah ABC.. 123... Tetapi jika disulami dan disirami dengan ilmu, setiap yang susah akan menjadi senang... setiap rintangan akan diharungi dengan sabar dan tabah... Hatta Galilah ilmu seawal mungkin... sebaik anda disahkan mengandung, sebelum anda ...