Perkongsian yang cukup terkesan... Semoga semua mengambil iktibar... thanks to kak N for sharing. Seorang teman ini berkongsi rasa kecewanya dengan produk Shaklee kerana katanya ada seorang pengedar Shaklee telah mencadangkan beberapa supplement kepada emaknya yang mengidap kencing manis. Walaubagaimanapun keadaan emak si teman ni makin hari makin parah. Tanpa banyak bertanya kepada pengedar Shaklee tadi si teman ini membuat kesimpulan bahawa semua produk Shaklee tidak sesuai kepada emak dan keluarganya. Sejak dari saat itu emak si teman tadi tidak lagi meneruskan pemakanan shaklee memandangkan kedaan kencing manisnya semakin teruk. Ibu cuba memujuk teman tadi berkongsi cerita apakah supplement yang pernah diambil emaknya sebelum ini dan akhirnya si teman bersetuju bercerita. Emak si teman tadi membeli produk Shaklee yang terdiri daripada ESP, Meal Shake, Vitalea dan Vitamin C. Tanpa konsultasi emak si teman mengambil pemakanan ini sehinggalah doktor menge...