Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mealshakes

Resepi Sandwish Telur Special untuk anak-anak

Sarapan sihat penuh nutrisi untuk anak-anak. Mealshakes Sandwish Telur Special. Senang sangat nak buat. Campur semua bahan, lenyek dan kacau semua bahan, sapu pada roti, dah boleh makan. Semudah ABC kan??!  Nak cepat rebuskan telur sebelum tidur malamnya. Bangun pagii esoknya, selesai solat subuh dah boleh mengadap kupas kulit telur. Jadi tiada alasan tak cukup masa nak buat.  Kat kantin sekolah sekarang dengarnya sekeping roti sandwich ini pun di jual RM1. Kalau buat sendiri untuk bekal anak-anak bawa ke sekolah sudah pasti jimat kan sebab anak boleh makan berkeping-keping.  Bahan-bahan yang diperlukan  3 biji telur - direbus dan dibuang kulit 1 sudu besar mealshakes 1 sudu mentega 10 keping roti * boleh tambah timun dan tomato dipotong dadu kalau nak. * tak perlu tambah garam atau mayonis sebab mealshakes dah bagi rasa sedap lemak berkrim dan mentega pun dah bagi rasa masin. Kata nak sihat kan?! * boleh juga picit 1 biji omega ke ...

Resepi Smoothie Mudah

Sejak merasa air Mealshakes French Vanilla di Grand Opening Shaklee Home Office di Sunway Pinnacle baru-baru ni semakin jatuh cinta dengan Mealshakes.  Biasa kami bancuh mealshakes + performance + ESP. Kali ni mealshakes sahaja pun boleh. Bau mealshakes ni sangat sedap tau. Bau french Vanilla. Anak-anak pun suka. Biasa campur dalam susu mereka.  Ok siapa yang ada Mealshakes dirumah patut cuba resepi ni. Yang tiada boleh rebut promo membeli sambil menyumbang Shaklee Cares beli 3 PERCUMA 1 Mealshakes sehingga akhir bulan Oct 2014 ni.  Haa, cane. Mudah jer kan?!  Selamat mencuba. Rasa sekali pasti nak lagii.  Salam sayang, Alin

Jerebu, IPU shah Alam meningkat

Pagi tadi duk monitor index pencemaran udara (IPU) area Shah Alam ni. Dari bacaan 82 pukul 8 pagi meningkat dah ke angka 89 pada pukul 11 pagi tadi. Sure petang ni capai bacaan kurang sihat melebihi 100-200.  Anak-anak sibuk ajak nak pergi main kat taman. Terpaksa la kurangkan aktiviti luar dan minum lebih banyak air. Susah-susah kita bancuh mealshakes bersama performance drink -- ala2 homemade vitagen gitu.  Semoga semua sihat ceria hendakNya. Aamin.