Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Rahsia Anak Pintar

4 Amalan Ibu Imam Ghazali buat ibu-ibu Menyusu.

Sumber gambar : majalah IMAN Bismillahirrahmanirahim Dengan  nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang Surah  Luqman  (  Luqman  ) 1.   Alif Lam Mim  ( hanya Allah yang tahu ). 2.   Inilah ayat-ayat Al-Qur’an yang mengandung hikmah, 3.   Sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan, 4.  ( yaitu ) orang-orang yang melaksanakan shalat, menunaikan zakat dan mereka meyakini adanya akhirat. 5.  Merekalah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. 6.   Dan di antara manusia ( ada ) orang yang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan ( manusia ) dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikannya olok-olokan. Merak itu akan memperoleh azab yang menghinakan. ---/ 17.  Wahai anakku! Laksanakanlah shalat dan serulah ( manusia ) berbuat yang makr...

Doakan Anak Setiap Hari - Amalkan panduan utk tangani anak yang macam-macam pe'el...

"ANAK saya degil, tak mahu dengar cakap!" "Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!" Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!" Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mereka saja). Kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati 'tidak dengar kata'. Apa yang berlaku adalah ketiadaan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak . Di samping itu, kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa .  Sebaliknya, perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterok...

Rahsia Tidurkan Anak

Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata.  Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia. Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya. 1. Wudhu Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.  2. Berdoa Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ...

Bagaimana Yahudi Jadi Pintar.. mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi?

Ini adalah hasil tulisan seorang Doktor inggeris. Anda fikirlah sendiri. Jadikan panduan & renungan untuk kita membentuk Anak Pintar, seterusnya melahirkan generasi yg bijak !!! Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?” . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendir...