Semasa berpantang, masih belum simpan stok yang banyak. Berkat tips istimewa + Teknik yg betul bolehkan saya mengumpul stok. Allahu.
Salam Ceria mommies... Mari kita mulakan hari ini dgn minda yg positif. Yakin padaNya dgn apa yg kita minta. Buat mommies yang merasakan susu merudum dan tidak cukup untuk membuat stok EBM, La tahzan!! No worries. Jom kita ikuti perkongsian dari Puteri tentang bagaimana beliau mengatasi masalah menyimpan stok semasa berpantang. Semoga mommies mendapat suntikan inspirasi dari perkongsian beliau. Yakin la kerana tiada yang mustahil dengan USAHA + Teknik Yg Betul + Doa !! "TABAHLAH DALAM MENYUSUKAN SI COMEL TERCINTA. KETABAHAN ITU SUATU PILIHAN!" ~ Nik Ha Selepas melahirkan adam, saya tidak menghadapi masalah yang besar untuk hasilkan susu yang cukup. Cuma saya dapati saya tidak mengalami bengkak susu yang kerap sepertimana ketika melahirkan aliyah. saya agak risau pada mulanya. walau bagaimanapun pengalaman sedikit sebanyak mengajar saya. adam menyusu setiap 2-3 jam , kadang- kadang boleh tidur sehingga 4 jam di waktu malam. dia tidak melekat lama dengan saya, cukup...