Skip to main content

Posts

Latih diri sentiasa Cari Kebaikan

Sebut dan fokus benda yang kita nak, lama-lama akan menarik apa yg kita nak! In shaa Allah. Didoakan hari ini jauuuh lebih produktif dari semalam.  Terus berusaha gais!

Doa Istikharah agar Mudah Istiqomah Dalam Kebaikan

Pagi ini nak share tips dan doa yang sangat indah Allah ajar semasa hadirkan diri ke majlis ilmu muslimat bersama Ustazah Halimah Alaydrus. Bagaimana untuk istiqamah agar setiap hari dapat dijalani dengan baik. Ustazah pesan, awali pagi harimu dengan solat sunat Istikharah, selepas solat sunat Dhuha - solat niat mohon petunjuk (niat solat istikharah, tapi dalam hati diniatkan mohon petunjuk dalam hati) dan bacalah doa seperti tertera diposter. Moga bermanfaat. . . Sumber : Majlis ArRaudhah  

Kelas fizikal Hafazan & Faham Surah Al-Mulk

MasyaAllah, diizinkan untuk sambut kemerdekaan bersama puan guru, Puan Cahaya Norhainie yang dikasihi dan sahabat-sahabat Al-Mulk pagi tadi. Kelas fizikal Hafazan & Faham Surah Al-Mulk. Highly recommended kelas untuk sahabat yang cari jalan menjadi pecinta Al-Quran. Semoga Allah sentiasa beri kefahaman Al-Quran buat kita semua. Sungguh, Dia yang Maha Memudahkan dan Maha Pemberi. Bayangkan dari 30 ayat surah Al-Mulk ini, hanya satu ayat sahaja yang Allah bagi ganjaran iaitu ayat ke-12. Selebihnya semua ayat warning daripada Allah. MasyaAllah, tersentuh dan tertusuk berkali-kali ke dalam lubuk hati. Moga kita dimatikan sebagai pecinta Al-Quran dan Al-Quran menjadi peneman kita di alam kubur. Aamiin. In shaa Allah.

Bengkel Faham Bahasa Arab bersama Puan Cahaya

Masyallah hari ni semperna genap usia 38 tahun,  #sayabelajar Allah makbulkan lintasan hati dan rezekikan masa untuk merasa cintaNya dalam Bengkel Faham Bahasa Arab bersama Puan Cahaya.  Sesi teaser untuk buka halaman episode baru sebelum melangkah ke angka baru hari ini.  Selautan terima kasih buat puan cahaya yang berkongsi ilmu. Walau diri ini tiada asas bahasa Arab tu bukan alasan sebab teknik yang dikongsikan sangat fun untuk dipraktikkan.  Tahu tak ada 1800 vocab yang berulang-ulang dalam Al-Quran. Bila digabung hanya 900 vocab jer yang perlu kita tayang dan ulang-ulang dalam minda kita. In shaa Allah, kalau istiqomah boleh dah faham al-Quran dalam 3 tahun, kalo sehari 1 vocab.  Berdoalah padaNya. Ya Allah pilihlah kami untuk menjadi pecinta Al Quran. Moga niat yang baik sentiasa dimudahkan. Aamin Aamin. Berdas das seronok lagi bila Allah yang Maha baik hati hadiahkan getar rasa dan dibukakan lorong-lorong jalan untuk amalkan. Doakan moga kita se...

3 Tips Kami suntik "kaw kaw" untuk Ceraikan Susu Anak

Perhatian korang, s iapa kat sini masih menyusu baby? Kita geng taww. Mama Alin masih susukan imam muda Ammar (1 tahun 3 bulan) dan lil solehah Darwisyah (3 tahun 5 bulan). Alhamdulillah. Ehh siapa sini ada niat atau on the way plan nak ceraikan susu anak? Meh duduk rapat rapat share tips plssss. So far hari ni genap 1 mingu lil genius Darwisyah dah bersekolah di tahun 2017. Walau kami belum cerai susu sepenuhnya, tanda tanda tu makin ceroh dah. Phewww, takpe slo slo. Kami pilih guna teknik psikologi jer. Takmoh la letak macam-macam sebagai pelakon extra sebab imam muda Ammar masih menyusu. 3 tips yang kami suntik kaw kaw adalah (1) Beritahu lebih awal dan ulang skrip setiap hari 2 bulan sebelum naik sekolah memang dah hint awal awal kat anak dara ni. "Icha dah besar, nak pergi school tak boleh dedek lagi taw". "Hhmmm, ok". Tu jer respon dari anak dara ni. Pastu selamba jer dia nak menyusu. Ikut suka hati. Rasa makin kerap dan lebih lebih pulak dari adiknya. Uishhh...