Walaupun 3rd Trimester momma penuh cabaran & dugaan, tapi bila difikir-fikirkan semula, momma rasa bersyukur sangat. Ape pun yang berlaku dalam hidup kita, semuanya datang dari Allah. Jika ianya berbentuk nikmat, kita kena syukur & sabar.
Jika ianya berbentuk dugaan, kita kena ingat yang dugaan akan datang berkali-kali tanda Allah sayangkan kita dan mahu kita kembali kepadaNya. (kata-kata motivasi from Mardziah, thanks dear). Maklumlah, besar pahalanya apabila seseorang wanita itu hamil kan?
- 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadat pada malam hari.
- Wanita yang bersalin pula akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakannya satu pahala haji.
Setiap wanita yang menjadi ibu mempunyai pengalaman bersalin. Pengalaman bersalin bagi setiap anak adalah berbeza. Susah / senang nya bersalin menyedarkan kita, betapa susahnya ibu kita mengandungkan dan melahirkan kita suatu masa dahulu.
Terima kasih ibu. Setiap insan yang bergelar wanita mampu menghadapinya kerana Allah dah jadikan wanita punya kekuatan untuk menghadapinya.
Comments
tq for sharing
tp mybe tu dugaan allah beri tuk kita.kn tbh hdpi..
thanks for sharing..
yeah..banyk kan dugaan ibu2 mengandung ni..
dengan emo nya + bawak budak lagi + anak sulung lagi..
fuh..itula pengorbanan seorang ibu..