Semasa blog hop utk set bersalin momma jumpa entry yg sangat menarik & pasti akan berguna di waktu bersalin from Blog Kak Engku . Ni bukan kak engku Raja Azura tuh tau tapi kak Engku bidan bersalin.
Momma speechless bila baby Damia berada dlm dakapan
momma selepas bersalin
Waktu Mula Meneran
- Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.
- Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.
- Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.
Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin.
Comments
tingat masa kali pertama.. memang x reti meneran..
bersalin kali ke 2, bidan di PRI sgt2 mbantu.. masa dah sakit sgt2 baru depa soh teran.. kalo tak rasa sakit jgn teran.. & yg pasti,usah le menjerit.. teran jer.. Insya Allah, kita sendiri akan terasa bb gerak & terus meneran... kalo yg betul2 dpt rasa , 2 kali teran bb pun selamat kuor.. tp kalo yg tak dpt nak rasa sakit.. terutama yg amik cucuk ep (epidural).. memang tak leh nak meneran..
Doakan mommaMia mudah bersalin & bersalin normal.
takut kan kak..tapi xsaba pun ade..:)
Nice entry ;)
Bile ckp kt dlm ni hanye teran ms dtg rs sakit maknanye betul la ape y sy praktikkn ms ank no.2 hr tu. tp nurse2 suruh teran gk even x rs sakit, tu y jd pelik. sudahnye ank msk NICU kejap sbb muntah air ketuban. Mungkin sbb paksa bby kluar ms x sakit.