Skip to main content

Mandi Wiladah

Semasa momma browse internet, momma jumpa byk pendapat tentang hukum mandi wiladah. Thus, momma nak sharing ler finding momma. Hope mommies2 dapat berkongsi pendapat. Ada 2 pendapat :
  • Kebanyakannya beranggapan mereka mesti mandi dua kali selepas bersalin (mandi wiladah and mandi nifas).
  • Mandi hanya sekali sahaja selepas kering darah nifas
Moga jawapan ini dapat memberi penerangan yang lebih jelas kepada kita semua. Wallahu a’lam.

******

Wiladah (beranak) adalah antara perkara yang menyebabkan wajib mandi atau kita biasa sebut sebagai mengangkat hadas besar. Selain daripada wiladah, berjimak (bersetubuh), haid dan nifas adalah antara perkara yang diwajibkan mandi. Ada perbezaan antara wiladah dan nifas. Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim wanita yang baru bersalin manakala wiladah pula ialah bagi wanita yang bersalin tanpa keluar darah nifas. Keadaan ini boleh berlaku.

Mandi Wiladah adalah mandi janabah (mandi wajib) bagi perempuan yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas. Maknanya, kalau melahirkan anak secara pembedahan dan tiada darah nifas, mengalami keguguran, sama ada janinnya dalam bentuk seketul darah, seketul daging ataupun sudah cukup sifat (dalam kes bayi meninggal dalam perut atau sebagainya), semuanya wajib mandi.

Nifas pula adalah istilah bagi darah yang keluar (daripada rahim) SELEPAS melahirkan anak walaupun hanya setitik. Tempoh yang biasa (average) ialah 15 hingga 40 hari, manakala paling maksimum ialah 60 hari (selepas itu, jika masih keluar darah, ia dianggap darah istihadhah atau darah penyakit dan wajib mandi dan bersolat sebagaimana biasa). Selepas kering darah itu, wajiblah mandi atau mengangkat hadas besar bagi menyucikan tubuh dan membolehkan perempuan itu mengerjakan ibadah (solat, puasa, baca al-Quran dsb) serta melakukan jimak dengan suami. (Nota: Darah yang keluar ketika sakit hendak bersalin atau keluar bersama anak tidak dikira darah nifas kerana ia keluar mendahului anak.)

Sama ada keluar darah nifas ataupun tidak selepas bersalin, hukumnya sama – wajib mandi. Ini kerana ia dihukum sebagai orang yang berjunub kerana anak itu adalah hasil daripada air mani perempuan dan lelaki (sila rujuk Kitab Fikah Mazhab Syafie – Menghuraikan Bab Bersuci dan Solat) .

Sering timbul kekeliruan sama ada perempuan yang baru bersalin itu wajib melakukan kedua-duanya sekali – mandi wiladah dan mandi nifas. Sebenarnya, sebagaimana yang dijelaskan di atas, mandi wiladah itu khusus kepada mereka yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas atau mengalami keguguran. Walaupun tiada darah nifas yang keluar selepas bersalin, wanita itu tetap wajib mandi sebelum dia boleh mengerjakan ibadah seperti biasa atau untuk bersama suami. Dan mandinya itu adalah mandi yang disandarkan kepada tafsiran illat (sebab) iaitu mandi kerana beranak.

Bagi wanita yang mempunyai darah nifas (dalam tempoh yang disebutkan di atas), tidak kira sama ada dia bersalin secara normal atau pembedahan, maka dia mesti menunggu hingga darah nifas itu kering dahulu barulah boleh mandi dan beribadah seperti biasa. Tak perlulah dia mandi wiladah pula selepas bersalin dan kemudian mandi nifas pula selepas darah nifasnya kering. Kalau nak ikut logik akal, memang tak logik perbuatan tersebut kerana mandi wajib bertujuan menyucikan diri bagi membolehkan beribadah. Apa gunanya mandi wajib kalau masih tak boleh solat kerana dalam keadaan bernifas?

Islam itu mudah sebenarnya, jadi tak perlulah menyusahkan diri.

Dalam satu Hadis Rasululullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Jemaah kecuali an-Nasa’ei, diriwayatkan bahawa baginda bersabda yang lebih kurang maksudnya, “Wanita hendaklah melakukan ghusi (mandi) dan solat selepas berhentinya darah selepas bersalin sama ada anak itu hidup atau mati”.

Hadis ini menyebut mandi hanya sekali sahaja selepas kering darah nifas. Tiada dalil mengenai mandi wiladah dan para ulama mentafsirkan mandi wiladah itu sebagai dalam lingkungan mandi nifas juga. Wallahu`alam. (from MakAji Amatullah @ http://groups.yahoo.com/group/ibu/message/973)

******

Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas? 

Jawapan; Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. 

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82). 

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).
Wallahu a’lam. 

Comments

notti netti said…
bagus2...ilmu yg amat berguna......:) credits to u.
'NuReeN' said…
tq momma mia..
mmg nureen comfius jgk bab ni..
sbb memb nureen pernah jgk tanya tp nureen x tau apa nk jwp..
tq so much mmg ilmu yg sgt2 berguna..
alinalan said…
Notti Netti >> Huhu tahnaks dear!. persiapan diri before bersalin
alinalan said…
Nureen >> sharing is caring kan... ada salah tolong betolkan yer..
Unknown said…
kakyong dulu mandi 2 kali.. huhuuuu... sbb masa bujang ustazah ckp ckp kena mandi selepas bersalin, darah pertama yg keluar katanya darah wiladah.. confuse gakkan, sbb rasa darah mcm sama jer...

thanks for shring this.. dah anak 3 baru tahu... huuhhuuuu
alinalan said…
Kak Yong >> sama la kita kak Yong. mandi 2x juga tapi ada yg kata 1x jer... tu yg dig info nk tau maner yg betul. Tapi kalo mandi 2x pun takpe kan?
Emma said…
boleh x lepas i baca nie, i still x paham? seriously!!!

-mama emma®-
alinalan said…
Mama Emma >> boleh jer. kesimpulannya lepas bersalin hanya mandi 1 x jer iaitu mandi selepas kering darah nifas.

Lain kalo keguguran atau kes tak kluar darah nifas. pening ke??