4
Kad Penghargaan Ibu Menyusu from Ibu Ibtisam @ Dunia Susu Ibu buat semua ibu menyusu... Gizillion thanks Ummi ibtisam. So to all Ibu yang menyusu yang singgah blog momma, jemput amik kad penghargaan nih yer. ANDA IBU YANG LUAR BIASA HEBAT!!


*
*

*
*
Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2010 (1-7 Ogos 2010)
maklumat lanjut boleh rujuk di WorldBreastfeedingWeek.org

 
Rasional
  • Kemudahan penjagaan kesihatan memainkan peranan penting dalam pewujudan penyusuan ibu.
  • 10 Langkah Ke Arah Penyusuan Ibu Yang Berjaya memberi laluan sokongan untuk membolehkan wanita mencapai tujuan penyusuan mereka dan sebagai panduan dalam latihan kakitangan penjagaan kesihatan untuk menyokong penyusuan ibu.
  • Minggu Penyusuan Ibu Sedunia tahun ini memperingati ulang tahun ke 20 Deklarasi Innocenti yang menyeru perlaksanaan 10 Langkah tersebut di semua kemudahan perbidanan.
  • Sepanjang 20 tahun ini, lebih 20,000 pusat perbidanan, atau lebih kurang 28% dari semua pusat perbidanan di seluruh dunia telah melaksanakan kesemua 10 Langkah dan telah diiktiraf oleh Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI).
  • Sepanjang tempoh ini, kadar penyusuan eksklusif juga telah bertambah.
  • Walau bagaimanapun, kemerosotan pemprograman BFHI di seluruh dunia, kekurangan latihan, dan pematuhan 10 Langkah yang lemah di pusat perbidanan yang telah diiktiraf, menyumbang kepada kepegunan dan kemerosotan kadar penyusuan eksklusif di kebanyakan tempat.
  • Telah tiba masanya untuk menyemak semula pendekatan ini dan menentukan hala tuju kita seterusnya.

Objektif Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2010
  • Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap peranan 10 Langkah dalam penyusuan eksklusif. 
  • Untuk menggiat semula aktiviti dalam kalangan sistem kesihatan, penyedia perkhidmatan kesihatan dan komuniti dalam memberi sokongan terhadap wanita untuk mencapai hasrat penyusuan ibu mereka.
  • Untuk memaklumkan orang ramai di serata tempat bahawa perlindungan, promosi dan sokongan penyusuan ibu adalah hak ibu, hak bayi serta hak asasi manusia.
  • Untuk membolehkan wanita dan semua yang pihak yang prihatin tentang hak asasi manusia memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan sistem penjagaan kesihatan yang menyokong penyusuan ibu.
  • Untuk memastikan kakitangan kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada ibu dan bayi mendapat latihan secukupnya dalam memberi nasihat dan sokongan tentang pemakanan bayi yang optimum.   

*
*

*
*

10 LANGKAH KE ARAH PENYUSUAN IBU YANG BERJAYA

Setiap kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perbidanan dan penjagaan bayi baru lahir perlu:
  1. Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
  2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
  3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.
  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
  5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
  6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu (“rooming-in”) – membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari
  8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi
  9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
  10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.

Sumber dari :

Post a Comment

kakyong said... August 1, 2010 at 11:02 PM

kakyong amik.. Insya Allah, cuba tampal di blog dalam minggu ni...

Momma Mia said... August 2, 2010 at 9:16 AM

@MOMMY NADIA - Jemput amik mommy Nadia... Happy BF. Tahniah sbb dah berjaya BF Adam 1 tahun 9 bulan...

Momma Mia said... August 2, 2010 at 9:17 AM

@kakyong - Jangan Kak Yong, jangan tak amik!!! Happy BF!!

 
Top