Skip to main content

19 Tips untuk Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan


1- Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain... ni sangat-sangat la penting...

2- Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

3- Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”

4- Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI

5- Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

6- Makan banyak kurma.

7- Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.

8- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.

9- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

10- Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.

11- Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. 

12- Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.

13- Pam susu sebelum sahur.

14- Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).

15- Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

16- Ambil milk booster jika perlu.

17- Elakkan terlalu penat.

18- Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria.

19- Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak
  • Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.
  • Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
  • Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  [Al-Baqarah : 184]

Rujukan:
  1. Al-Quran al-Karim.
  2. Hasnita Sawal. (Ogos 2009). Menyusu & Ramadhan. Majalah Pa&Ma, 107: 110-111. Selangor : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd
  3. Nur Hidayah Abdullah (1997). Puasa. Fardhu Ain Khusus Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu’man, hlm 164-166. 
  4. Rita Rahayu Omar (2007). momslittleones.com. 1  September.
  5. Imam Habib Abdullah Haddad (2003). Perihal Puasa. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Sngapura: Pustaka Nasional, hlm 177.

Kalian perlu any support? 
Let's connect, wasap Alin di 019-2682709. Klik di sini untuk fast feedback.

Comments

::Kak Sambal:: said…
tq for the info... syoknyer tengok bf mum..
adianiez AIDA said…
sesungguhnya Allah permudahkan utk ibu yg susukan anak. tiada pe yg membataskan kita beri anak susu ibu. so, dari aida, good luck for ramadhan. moga lil dzakirah dpt menikmati nyer...
Elly Emmy said…
hi momma.. bagus info ni.. thanks 4 sharing.. berdebar2 juga nak menghadapi ramdhan kali ini.. nak berjuang BF utk tuwen ni.. moga berjaya hendak Nya..
mummy_ayu said…
good info..tq...ayu pun tahun nie masuk tahun kedau puasa sambil BF...semoga semua nya berjalan ngan lancar..amin!
nurbijen said…
salam kenal,
post yg bagus, tq for sharing :)
Zaidah said…
trima kasih momma mia...krn berkongsi ilmu...
Wansteddy Tales said…
pic Damia ke tu Alin? bestnya tingat zaman full bf dlu. wuwuw.... mengimbas memori lalu ><
ibu_Arifa said…
aduh..berdebar kan para ibu2 yg BF anak bila nak dekat2 puasa.. harap dan doa agar semuanya baik dan berjalan lancar sajalah kan.
Semoga ALLAH permudahkan niat kita ini.aminn.
alinalan said…
@ MamaLyna - Sesama kita berjuang.
alinalan said…
@ AIda - Thanks Aida. Yes u r rite semuanya dr Allah kan... kt kene berusaha, disiplin, yakin & istiqamah
alinalan said…
@ Elly & Emmy - Selamat berjuan fpr the tuwen dear. Kagum la. Yakin boleh!! Pasti berjaya
alinalan said…
@mummy_ayu - Wah congrat Ayu tahun ke-2 tuh. Semoga Iris akan menikmati susu ibu yg lebih meriah semasa bulan ramadhan. Amin
alinalan said…
@ummumishkah - Thanks sis. semasa kita berjuang. Gambate
alinalan said…
@nur - Salam perkenalan Nur. Semasa kita berkongsi and support ibu-ibu menyusu yg lain. Semoga ibu-ibu yang menyusu sentiasa diberkati olehNya. Amin
alinalan said…
@Zaidah - Sama2 Zaidah. happy BF
alinalan said…
@Wansteddy Tales - a'ah la wan. zaman BF Damia. Ya Allah rindu sangat nak BF kan dak Damia tuh...
alinalan said…
@ibu_Arifa - Amin. Semoga Allah permudahkan niat semua ibu2 yang menyusu.
Unknown said…
all the best MommaMia.
kakyong tahun ini adalah Ramadhan ke4 BF.. tahun 2007, anis baru habis pantang, tahun 2008 baru habis berpntg aliya ,, thn 2009 aliya 1 tahun++, tahun 2010 aliya sudah 2 tahun, tp masih tak mau berenggang dgn bestfren dia.. so far susu memang masih ada.. kakyong menten jer apa yg biasa buat,, cuma utk ibu2 yg mengepam ni, harus lebih gigihkan...

Alhamdulillah, 3 kali Ramadhan yg lepas lulus.. cuma kali ni jer yang tak pasti lagi..
Iela Fazielah said…
mudah-mudahan.. susu sentiasa byk dan dimudahkan urusan kia.. amin.. tq 4 the tips... thn lepas fullpuasa dan full b/f irfan.. just this year irfan dah campur fm
Ummu Ukasyah said…
tq atas infonya.. berdebar-debar menghadapi ramdhan tak lama lagi..