3
Ibu sememang nya sangat senonim dengan panggilan ratu.. kalo tak masakan ada lagu mencoretkan bait bait lirik seperti ini...

ibu...ibu..
engkaulah ratu hatiku...
bila ku berduka 
engkau hiburkan selalu...
ibu...ibu..
engkaulah ratu hatiku...


Dinobatkan sebagai Ratu Susu Ibu pertama bagi tahun 2010 sememangnya bukan suatu yang terlintas setiap kali info penyusuan dikongsikan di blog Miakididdles... Kebetulan mommyLyna ada menghantar email mintak saya berkongsi lagi tentang pengalaman suka duka sepanjang perjalanan penyusuan saya... Hatta...
Saya mahu semua ibu-ibu menjadi Ratu Susu Ibu dari blog Susu Sihat!!

Bagaimana mahu menjadi Ratu Susu Ibu...??!!  

Penyusuan susu ibu tidak semudah ABC.. 123... Tetapi jika disulami dan disirami dengan ilmu, setiap yang susah akan menjadi senang... setiap rintangan akan diharungi dengan sabar dan tabah... Hatta
  • Galilah ilmu seawal mungkin... sebaik anda disahkan mengandung, sebelum anda bersalin atau sebelum anda mengandung
  • Knowledge is power - dengan ilmu akan akan lebih bersedia untuk berjuang andai dilanda badai susu tak keluar selepas bersalin... andai anda kekok untuk melekap dengan baby... andai anda punya puting tenggelam... andai bayi anda keliru puting...
  • Dengan ilmu anda akan berjuang penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk baby anda... bukan menyerah... mengalah dan menyumbat susu formula kepada baby anda!!

Setiap ibu adalah wanita yang hebat... pengasih, penyayang dan punya daya juang yang sangat tinggi. Hatta PERCAYALAH...
  • MINDSET - always think +ve yang susu sentiasa ada.. NEVER think susu kurang/susu tak cukup. Elakkan berada dalam keadaan stress/penat... BF is all in your mind :)
  • Tetapkan MATLAMAT jangka pendek untuk menjayakan penyusuan  susu ibu sepenuhnya sehingga 6 bulan. Bila MATLAMAT jelas, walau apa jua penyakit "M" - malas, moody...  anda akan mudah muhasabah & fokus semula. Malas hanya akan wujud jika individu itu tidak nampak dengan jelas matlamat hidupnya.
  •  Kerapkan Breastfeeding.. Breastfeeding.. Breastfeeding.. Breastfeeding.. kerapkan pumping..pumping dan pumping... selain amalkan minum air suam 3L per day...banyakkan makan nasi... Tiada gunanya kite makan segala bagai makanan penambah susu tapi tak kerapkan BF & pumping -->> susu tetap akan kurang...
  • Kena happy selalu... kalau jumpa orang yang menyakitkan hati, doakan agar orang itu mendapat kasih dan rahmat Allah.
  • Memang benar bukan semua mampu menyusukan anaknya dengan susuibu sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya anda tidak terus menerus mengalah... memadailah menyusukan pada malam hari selepas pulang dari kerja... sekurang-kurangnya anak kita masih minum susuibu

Gagal sekali tak bererti gagal selamanya kan?? Kita yang MEMILIH untuk menjadi lebih baik atau tak dari sebelumnya. Hatta... tidak mustahil anda meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya jika
  • anak pertama minum susu formula
  • anak anda keliru puting
  • anak anda sudah diberi dengan susu formula semasa berpantang
  • anda bekerja dan selalu outstation
  • anda punya puting tenggelam
  • anda punya breast kecik
Breastfeeding is fitrah, breastfeeding is sunnah.. marilah kita kembali kepada fitrah. Islam sendiri menganjurkan penyusuan susu ibu sehingga bayi kita berusia dua tahun dan ini jelas menjadi tanggungjawab ibu untuk memastikan misi ini berjaya. Ini merujuk kepada kepentingan menyusu itu sendiri. Kerana misi ini merupakan satu misi besar yang bukan sekadar dibuktikan kebaikannya oleh ilmu sains tetapi merupakan tuntutan yang ada di dalam al-Qur'an. Macam yg telah disarankan dalam ayat Al-Quran, surah al-baqarah..
 “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

Kalo Aznil dengan Anmum Essential tom tom bak nya beserta kanak-kanak riang... apa kata kita kita propose media penyiaran kita buat satu rancangan menyokong penyusuan ibu dengan Ratu Susu Ibu Essential tom tom bak dgn mommylyna sebagai pengacaranya...??! menarik kan? Bila lagi kita nak memartabatkan penyusuan susu ibu...siapa stuju angkat tangan!!


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack
 

Post a Comment

Zaidah said... March 4, 2011 at 9:59 AM

menyusukan anak memang memerlukan kesabaran n usaha..cuma nak ubah mindset nie yang selalu aje gagal...huhuhu

umi said... March 4, 2011 at 10:40 AM

yess..sokong!(dah angkat keyboard nih!)

nuradha said... March 4, 2011 at 11:06 AM

sangat menyokong....the best milk for baby ever after...is SUSU IBU....

 
Top