1


foto Tekanan Darah Tinggi - Tanda-Tanda Dan Cara Mencegah
 sumber : fajridil

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi? 
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Bacaan Tekanan Darah

Kategori
Sistolik

Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan

bawah 90



Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
 
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan  samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
  • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko yg menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

  • Otak - Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti : - Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy
  • Komplikasi pada mata - Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
  • Komplikasi pada buah pinggan - Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti - Aneurysm & Kehilangan satu atau lebih denyut nadi
Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat tanpa menggunakan ubatan
- Perlu mengubah amalan cara hidup andae
- Amalkan permakanan sihat
- Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
- Melakukan senaman berkala
- Kurangkan berat badan jika berlebihan
- Atasi tekanan secara berkesan
- Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima

  • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Pra Hypertensi

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
  • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

• Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama

  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat - Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  •  Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Prevent and treat complications early
  • Pengesanan komplikasi terutamanya : - Jantung, Ginjal & Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Kami prihatin, anda bagaimana ?? 

Berminat? 
Call.SMS :: 019-2682709
Email: azlin.mohdatan@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Post a Comment

♥♥azatiesayang ♥♥ said... February 27, 2012 at 9:43 AM

salam momma mia..terima kasih atas pengkongsian info ini,kdg2 kita mengalaminya tanpa menyedari..

 
Top