Wednesday, March 14, 2012

Coli Rosakkan Payu Dara? Jom belajar Tips Pemilihan Coli @ Bra yang betul


 sumber :: sihat selalu

Pemilihan saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan.

Memiliki
payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik. 

Pakai Coli Yang Sesuai- Golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik. 
 

Cara memilih coli juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.

Contoh : jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72 sm menjadikan beza 12 sm. Coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda perlukan coli B cup.
Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payu dara.

Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan.

Memakai coli yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.

Tips Pemilihan Coli
 



 sumber : Nuebodi
  • Pastikan tali coli di belakang tidak terangkat. Sekiranya terangkat, ia bermaksud coli tersebut terlalu besar untuk anda.
  • Tali coli tidak terjatuh di bahu. Penyelarasan tali tersebut diperlukan atau gunakan tali yang lebih lebar.
  • Pastikan payu dara tidak terjojol keluar dari mangkuk coli.
  • Pastikan coli yang digunakan selesa dan tidak terlalu ketat. 
 
 

Cara Memakai Coli Yang Betul

 sumber : Nuebodi
  • Letakkan tali coli ke kedua-dua bahu.
  • Tundukkan badan dan baiki kedudukan payu dara sehingga memenuhi mangkuk coli.
  • Pastikan tali coli di belakang dicangkuk kemas.
  • Berdiri lurus dan selaraskan tali coli supaya berada di kedudukan yang betul.
  • Pastikan coli berada di kedudukan selesa dan tidak terangkat serta tidak terlalu ketat.  
 

  sumber : Nuebodi
 
Kami Prihatin, anda bagaimana?? Semoga info ini membantu!!
 
Related Posts with Thumbnails