6
Alhamdulillah... Alhamdulillah... tinggal 10 hari lagi kami bakal merdeka... 2 Tahun \o/ Sehingga kini mommaMia masih mengepam dan bertendum pumping dengan cutiepie lil Dzakirah. Ajar anak anda seawal 2 bulan untuk bertendum pumping kerana ia sangat membantu dalam penghasilan susu anda. Percayalah !!

Hari ni nak share dengan anda tentang bestfriend momma dalam kejayaan penyusuan susuibu lil Dzakirah... Perkenalkan

Ameda - Lactaline Dual Breastpump
 Lahir : 18 Feb 2009 
Hospital : Fabulousmom
Kos Rawatan : RM788
Sijil lahir 
heheh...

Resit ni kena jaga elok2 yer sebab if anything senang nak berurusan

Alkisahnya nak beli pump di Sarakids tapi masa tuh takde perkhidmatan kad kreadit (skarang dah ada yer...) so terpaksa ler bergegas ke Faboulousmom... hah so semua tahu yang pembelian Ameda secara hutang... Demi anak momma gigih gak ler. Beli masa Damia masuk 6 bulan... sebab masa 5 bulan susu dah drop. Sebelum Ameda momma guna pump manual Avent.

so kengkawan kira ler berapa tahun dah usia si Ameda ni???
  • Beli Feb 2009 - Apr 2012 :: perghh... nak 3 tahun
  • Berkhidmat utk Damia :: Feb 2009 - Oct 2009 (9 bulan)
  • Gantung Pump :: Nov 2009 - March 2010 (5 bulan)
  • Berkhidmat utk Dzakirah :: Apr 2010 - now... (almost 2 tahun)
Inilah yang dinamakan pelaburan jangka panjang. Rasa-rasa berbaloi tak RM788 momma?? So sesiapa ibu-ibu baru tuh... fikir-fikirlah jika nak melabur. Terdapat banyak jenis pam dipasaran sama ada di jual di kedai-kedai, pasaraya mahu pun kedai online yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tidak dinafikan memilih pam bukanlah suatu perkara yang mudah. Silap-silap pilih yang tak bersesuaian akibatnya tersadai tak digunakan. Membazir saja.  

Seeloknya jangan terpengaruh dengan brand atau harga sesuatu pump tuh. The best apa yang anda perlu tahu sebelum membeli sebarang pump adalah...
  • Service After sales support ada ke tak ?? - A loaner unit will be given to you while your pump is being serviced. Ini penting jika mommies plan nak beli pump. Nanti risau takde pump jika hantar service. Maklum ler kalo menjadi pengepump tegar, service pump adalah penting, if not nanti akan mengganggu emosi & hasil pumping wooo... Pump ni pun kena service yer cam kereta, especially bila performance dah tak bagus... suction dah tak kuat. Kalau takde pun sekurang-kurangnya anda tahu dimana untuk hantar service pump anda.
  • Cuba dulu pump tuh - ini mungkin sesuai utk ibu yang dah melahirkan baby, kalo masih preggy tak digalakkan yer... Why perlu cuba sebab anda akan rasa perbezaan antara satu pump dengan pump yang lain... Actually dulu Mula-mula plan nak amik Spectra but after try suction jatuh chenta dengan Ameda... sib baik ada budget lebih.  
  • Battery operated - jika anda selalu travel,  this option will be valuable sangat-sangat.  can pump anywhere, anytime... Sebab bila kita travel nak cari plug elektrik teramat ler susah, tempat terlalu open... ni la yang alin buat masa travel ke Korea, pump dalam flight, bilik meeting, masjid, dalam kereta dan dimana-mana sahaja, mudah tak pening kepala nak cari tempat.
  • Double Pump - Bagi ibu yang bekerja kita biasa terikat dengan jadual kerja yang pack kan. Dengan penggunaan double pump anda boleh memendekkan masa memerah sehingga separuh. Malah, anda tidak perlu langsung meninggalkan meja anda. Dengan setting yang baik, anda boleh memerah di meja sendiri (Pastikan tiada bunyi yang boleh menarik perhatian.. kalo bunyi pun bgtau awal agar rakan sekerja faham... its not big issue patutnya)
Bagaimana pun !!
... sebelum mengambil keputusan membeli apa juga jenis pam yang ada dijual, perlulah diketahui bahawa alat terbaik untuk memerah susu adalah tangan anda sendiri. Ya, ianya PERCUMA ! 

Anda hanya perlu cuci tangan dan sediakan satu bekas yang bersih untuk menadah susu yang diperah. Bagi yang sudah master memerah menggunakan tangan, tidak perlu lah pening kepala nak memikirkan hendak beli pam yang mana satu. Lebih-lebih lagi tidak perlu bawa gadget yang memenuhkan beg setiap kali keluar bekerja. Sebagai bonus, anda juga tidak perlu membasuh pam dan juga mensterilkannya setiap kali pulang bekerja. Jadi, sebaik-baiknya belajarlah memerah susu menggunakan tangan.

Ini semua hanyalah pendapat dari kaca mommaMia yer sebagai ibu bekerjaya yer. Sebenarnya tak kisah la anda nak pilih pam manual atau pun elektrik, pastikan anda 
  • selesa dengan pam tersebut... kalau tak selesa or sakit anda juga yang akan stress nanti. bila stress susu pula merajuk
  • tak rushing... sebab bila terikat dengan kekangan masa... anda juga akan terkejar-kejar bila nak mengepam, akhirnya susu yang dihasilkan pun stress. Dan paling teruk anda akan mengabaikan masa mengepam anda, tak pump langsung sebab tak sempat
  • mudah nak dapatkan spare part pump... sebab bila "terhilang" nak cari ganti susah la pulak.
  • Mudah nak hantar service bila rosak atau kurang perform
  • tak rasa lenguh tangan sebab bila lenguh sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi performance mengepam anda dalam jangka panjang.
  • hati-hati ketika memandu. Don't pump manual and drive ok !
Tu antara kreteria utama yang perlu anda beri perhatian yer... wishlist lain tentang pump yang ada bunyi yang kuat, berat atau ringan dan banyak sangat part yang perlu dipasang hanyalah sampingan sahaja, itu boleh diatasi jika punya budget yang besar...

Apapun, usaha dan kegigihan ibu itu yang penting!! Nak seribu daya tak nak seribu dalih... bagi lah pump mahal & yang terbaik sekalipun, tetapi kalau dah MALAS... tak jadi juga nak hasilkan susu yang banyak. tepuk dada tanyalah diri anda... fikir-fikirkan \o/ Happy breastfeeding \o/ Sila pastikan anda enjoy setiap saat your breastfeeding journey kerana pengalaman itu begitu berharga \o/

Ni cooler bag momma cum sumber inspirasi di kala mengepam. Sangat ler penting untuk merangsang mood happy pumping & stimulasi semasa pumping.


Ni pula bag susuan momma ke hulu ke hilir.... bag Mandela, momma beli pre-loved dari kawan opis. Thanks kak Mai sudi jual kepada mommaMia.


 macam-macam boleh sumbat tau dalam bag nih...

p/s :: Jemput semua ibu-ibu sharing pengalaman cabaran penyusuan anda di SINI yer. Maner tahu anda antara yang bertuah... sambil berconway anda juga boleh membantu ibu-ibu lain yang mencari booster dalam perjalanan penyusuan mereka... happy sharing

Post a Comment

F a i z a h ' s said... March 22, 2012 at 11:10 AM

I love this entry so much! Hehehe... thanx for sharing... sume syarat2 utk bli bpump tuh sy setuju! :) alhamdulillah sy da dpt bpump idaman~

CheRus said... March 22, 2012 at 11:32 AM

yes..me too..boleh share alin?

Momma Mia said... March 22, 2012 at 12:07 PM

@ Faizah - thanks dear. Ni niat sharing yer bukan ler nk promote brand pump. Semoga semua mommies pun dpt pump idaman masing2 juga

Momma Mia said... March 22, 2012 at 12:08 PM

@ che rus - sila2 darling semoga mendapat pencerahan utk semua.

~ima~ said... March 23, 2012 at 10:29 AM

tahniah alin...dah berjaya smpai stage terakhir...insyaAllah ima lagi 4 months to go 2 yrs...

Momma Mia said... March 23, 2012 at 11:54 AM

@ ima - T/kasih Ima... wah Ima pun dah tak lama juga... caiyok2 teruskan usaha yer... semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan...

 
Top