Skip to main content

Bonda’s Day Contest @ SARAKIDS

Bonda's Day Contest!! Syaratnyer and kene ceritakan "pengalaman anda menjadi seorang ibu dan juga anak kepada ibu anda". Credit akan diberi kepada penyertaan yang terdapat kisah “penyusuan/breastfeeding”. Details sila clik kat banner di atas.

Pengalaman ku:-

Orang kata " the moment a child is born, the mother is also born". Itulah aku. Semuanya bermula dengan pantas. Selepas berkahwin dgn suami tercinta aku disahkan hamil sebulan. Sememangnya kami bersyukur dan gembira dgn rezeki yg Allah berikan ini. Memang kami nak cepat2 dapat anak.... hehehhe... maklum ler usia semakin "remaja" tapi pengalaman sepupu sepapat yg lambat mendapat anak mengingatkan kami agak tak terlalu mengharap. Kami berusaha dan selebihnya berserah kpd Allah.

Sepanjang kehamilan alhamdulillah aku tak mengalami alahan yg teruk. Paling kurang sebu perut jer. Muntah pun seingat aku sekali jer. Aku bersyukur! Mungkin disebabkan aku berjauhan dgn suamiku Allah permudahkan segala urusan aku. Untuk pengetahuan semua, suami aku berkerja di Bukit Mertajam, Penang dan aku berkerja di Shah Alam, Selangor. Kira kami "PJJ" ler. Tanggal 14 Ogos 2008, bermulalah perjalanan kenikmatan aku bergelar seorang ibu a.k.a mommaMia. Anakku yang sepatutnya dijangka lahir pada 7 September 2008, lahir cepat 3 minggu, mungkin tak sabar nak jumpa dgn momma & abah nya. Dia kami namakan Damia yang bermaksud "keberkatan dan kebijaksanaan". Detik2 kelahiran anak aku juga berlaku dgn pantas. Kronologinya...

  • 5.30 pagi air ketuban pecah
  • 6.30 pagi bergerak g DEMC hospital
  • 7.00 am sampai DEMC hospital
  • 7.45 am dah buka 5 cm
  • 8.00 am masuk labour room
  • 8.30am dah buka 10cm
  • lastly at 8.52 am momma selamat melahirkan bb gal seberat 2.65kg. Di saat doktor hulurkan bb ke dada aku, aku "speechless" Tuhan sahaja yg tau bertapa bersyukurnya aku dgn anugerahNya yg mempermudahkan segala urusan bersalinku tanpa sebarang masalah kpd aku mahupun anakku. Tangisan pertama anak aku amat menyentuh naluri aku. Hard to describe with words.

After bersalin, kul 3pm baru aku dpt jumpa Damia and give her full BF. Kami tak room-in sbb aku cetek dgn ilmu BF. Balik ke rumah aku BF Damia tapi sbb kurang ilmu cara2 penyusuan yg betul hari ke-7 Damia kene jaundice & ditahan di wad. Tuhan shj yg tau betapa beratnyer hati ini berpisah dgn anak yg baru dilahirkan. Macam2 bermain difikiran aku ttg side effect jaundice. Seharian aku menangis dan menyalahkan diri. Sepanjang Damia di hospital aku akan pump susu and hantar ke hospital. After discharge, kat rumah aku akan pastikan Damia minum susu. Sbb nk make sure tahu brapa byk Damia minum susu aku pump & bagi botol. From there aku monitor brapa byk Damia minum dlm sehari. Mlm direct feeding. Ni sume sbb takut Damia kene jaundice lagi. Pengalaman penyusuan aku bermula agak lambat. Hari ke-12 baru aku rasa teror sket how to BF Damia. During BF session i can feel how Damia latch tapi only right breast jer. Kalo breast kiri masih kekok. Sesungguhnya melahirkan mu Damia bukan mudah. Tidak bleh aku gambarkan mcm ada org yg tergamak membuang bayi tanpa belas kasihan. Tidak berperasaan kah mereka??? Demi Damia aku sanggup buat apa shj, berkorban setiap masa ku dari saat, minit hingga ke-jam brape2 pun dan akan aku pastikan menyusukan mu dgn susu yg terbaik "A.S.I" sayang!!.



Sepanjang berpantang aku cukup tersentuh dgn kasih ibuku. Pengalaman beribukan "SITI ROHANI MASHUD" buat aku bangga dan kagum dengan semangat, kegigihan dan aura yg ditonjolkan iaitu tak pernah jemu2 mahukan yg terbaik untuk anak2nya. Semasa ketiadaan suamiku, ibula yg menemani aku setiap hening pagi jika Damia menangis dan menyediakan makan minum aku. Kekadang terdetik rasa malu dlm diri aku. Dari kecik ibu dah byk bersusah untuk kami adik beradik. Membesarkan 4 orang anak dgn 2 drpnya kembar (Abang & kakak aku - tak seiras) benar2 menjadikan ibuku seorg yg pakar melayan kerenah bb yg baru lahir. Skarang setelah aku dewasa dan berkawin ibu jugalah yg perlu menguruskan "kami". Malunya aku! Sesungguhnya engkaulah yg terbaik Ibu. Terima kasih atas segalanya. Kami (Alin + Damia + Alan) sayang Ibu.



BAGI PEMBACA BLOG SETIA MUMMY SARA & SYASYA

Syarat2 Penyertaan:

1) Copy paste banner di atas dan link semula ke blog Mummy sara & syasya dan ceritakan pengalaman anda menjadi seorang ibu dan juga anak kepada ibu anda. Credit akan diberi kepada penyertaan yang terdapat kisah “penyusuan/breastfeeding”.

Hadiah adalah terhad kepada 10 penyertaan esei terbaik

2) Semua penyertaan adalah bermula pada 1hb Mei 2009 dan tamat pada 5 Jun 2009

3) Keputusan adalah muktamad dan terima kasih atas penyertaan anda.

4) Cara-caranya: Anda boleh tinggalkan komen di entry ini beserta link ke blog anda, dan anda boleh meneruskan penceritaan/esei di blog masing2.




Comments