- gambar dari blog ibu yg menyusu... tak ingat dpt maner -
"Breast Milk - The choice for a new Generation"
Momma nak buat giveaway nie start 27 Aug - 2 Sept 2010. Giveaway yang berlangsung hanya 1 minggu sahaja.... Ni bersemperna bulan penyusuan susu ibu & bulan Ramadhan.
Mudah jer...
- Korang tinggalkam komen kat entry ni je yer... Tak perlu buat entry, tapi kalo nak sangat dialu-alukan.
- Pastu komen setuju or tak setuju dengan penyataan "Breast Milk - The choice for a new Generation" and kenapa korang setuju atau tak setuju.
- Open to those yang pernah/sedang breastfeed anak atau yang dah pasang niat untuk breastfeed anak-anak korang nanti.. so yg single mingle pun boleh join if korang dah pasang niat utk Breastfeed anak korang nanti.
- Tag SEORANG kawan anda yang BREASTFEEDING...
InsyaAllah result akan diumumkan pagi 3 September 2010. Hadiahnya berupa Dolly. So semua dijemput untuk menyertai GA kami. Mari kita pakat-pakat buat gelombang kesedaran breastfeeding. Momma bukan pakar laktasi atau peer caunselor group but momma suka sharing and nak semua ibu-ibu menyusu ada support di kala menghadapi mood swing dalam perjalanan penyusuan masing-masing. Happy Breastfeeding!!!
Comments
I nak tag : Puan Bunga..i dh leave comment kat shoutbox dia :)
sy nk tag Fadzlina Ramli..tq..:)
So,insy anak2 cucu kita juga dpt khasiat susu ibu dgn anak2 kita mencontohi apa yg kita lakukan kpd mereka,BREASTFEEDING :)
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233
- susu ibu memang pilihan yg terbaik untuk anak..susuilah anak sehingga 2years..and me mmg BF untill now..Proud 2 b Working BF mom!!Bf menguatkan ketahanan bb..dari segi antibodi badan..bukan bermaksud anak BF xkan dapat sakit..Tapi bb BF..Jika sakit..anak akan cepat sembuh..InsyaALLAH..
So,para IBu,mari la same2 kiTe penuhi hak anak2 kite..yg mmg WAJAR kite penuhi hak2 mereka!!insyaALLAH
da Inform mama afzal daa!!she's BF mom!
http://mamarifqy.blogspot.com/2010/08/giveaway-breast-milk-choice-for-new.html
"Breast Milk - The choice for a new Generation"
Tentulah saya setuju 100% tambahan pula menyusukan bayi seawal dia dilahirkan membolehkan ibu menghasilkan cukup susu dan memudahkan pengeluaran susu dengan sempurna, selain itu ia juga boleh:
Mengurangkan bengkak payudara
Mengurangkan kejadian jaundis pada bayi
Mengurangkan kehilangan maksimum berat badan bayi
Mempercepatkan pengeluaran ‘meconium’
http://umialyacontest.blogspot.com/2010/08/giveayay-breast-milk-choice-for-new.html
1)susu ibu dah terbukti membekalkan antibodi kepada bayi yang menyusu. Ianya takde dalam mana2 susu formula pun. zaman sekarang ni terlalu banyak penyakit yang tak dijangka2 dan hanya susu ibu membekalkan antibodi yang diperlukan oleh anak kita. esok2 ni tatau la apa lg penyakit yang akan muncul, so, prevention is better than cure!
2) If pilihan kita adalah FM kerana FM ada DHA & etc, dlm breast milk pun ada DHA, semulajadi lagi tanpa perlu menjalani ujikaji di makmal, tanpa chemical, tanpa proses2 tertentu.
3) Malah susu ibu free & anytime boleh bagi. Anak suka, ibu selesa... Selesa masa, wang ringgit... bapa pun senang hati kan..
4) setiap mamalia menyusukan anak. dan setiap susu yang dikurniakan Allah utk setiap mamalia tu berbeza dr segi kandungan dia. Susu manusia hanya utk manusia utk tumbesaran manusia. begitu jugak dgn susu mamalia lain, hanya utk anak2 nya mengikut keperluan mereka...
kak, panjang la plk komen shira ni.. hehe, gmbr ni shira prnh post dlm blog shira gak...
nak tag ibu arifa... will inform her rite after this...
Tag: Elma (Ibu Damia)
http://imaanlucky09.blogspot.com/2010/08/breast-milk-choice-for-new-generation.html
saya tag Lynd - MamaKASEH, who r currently fully bf her doter
http://nureenasir.blogspot.com/2010/08/giveaway-breast-milk-choice-for-new.html
tag : yanie (mama alim)
Kenapa saya setuju??
1)susu ibu mempunyai khasiat yang sepenuhnya yang tidak dapat ditandingi oleh susu2 formula yang lain.
2)dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk anak.
3)ikatan kasih sayang antara ibu dan anak menjadi semakin kuat.
sekian, terima kasih :-)
http://belogmamania.blogspot.com/2010/08/giveaway-breast-milk-choice-for-new.html
tag : mama lyn http://mazlyna.blogspot.com/
sy sgt2 setuju dgn statement "Breast Milk - The Choice For A New Generation" kerana ia adalah sumber semulajadi dan anugerah besar dari allah untuk memuliakan kita kaum ibu .
Dan saya yakin antara faktor berlakunya breast cancer ialah kerana tidak breastfeeding bayi .
Dan perkara paling mahal yg tidak dpt dibeli dgn wang ringgit ialah "bonding" antara ibu dan bayi,dan seterusnya memberi impak yg besar sehingga anak itu dewasa kelak .
susu ibu diperakui mengandungi antibodi semulajadi , jadi mengapa tidak berikan pd bayi masing2 ? adalah satu kerugian dalam diari hisup seorg ibu jika dia tidak menyusukan bayinya sendiri ...
setuju.. sangat2 setuju...
"Breast Milk - The choice for a new Generation"
sebabnya - mudah, simple dan tak perlu angkut mcm2 utk sediakan susu utk anak.. selak jer dah tersedia mcm2 khasiat utk anak... ;)
kakyong nak tag pija @ sitisifir10
"Breast Milk - The Choice For A New Generation"
Saya setuju 400% kerana :
1. Asmaa' dahulunya minum susu formula, disebabkan dia diberi susu yang 'kurang lumayan' (baca sebagai murah :P) maka tubuhnya kurus. Bila saya menyusukan Arwa dengan susu badan dan selepas berhenti menyusukan Arwa setelah disahkan mengandung, malah sambung menyusu dengan susu yang sama dengan yang Asmaa' minum, tubuhnya montel, kulitnya cantik dan yang saya terkilan sangat hubungan antara saya dengan Asmaa' agak jauh berbanding dengan Arwa. OK, mungkin ada faktor lain di situ. Di sini saya telah percaya bahawa susu ibu terbaik sebanyak 100% berbanding susu formula.
2. Usamah juga diberi susu formula, alhamdulillah dengan susu yang agak lumayan. Tetapi ketagihannya kepada susu botol, serta semasa zaman dia masih memakai disposable diapers menyebabkan dia banyak buang air dan yang lebih memenatkan lagi dia banyak muntah tak kiralah atas lantai atau tilam atau dalam kereta. Tapi ini tidak berlaku kepada Arwa dan Ahmadi yang disusukan penuh. Keyakinan meningkat sebanyak 200% :)
3. Uwaiys, sedari kecilnya telah berhadapan dengan pertukaran susu dari yang lumayan kepada yang tidak kerana sering menghadapi masalah cepat lelah. Saya tidak menyedari bahawa penyakit itu mungkin disebabkan oleh 'susu formula' sehinggalah sekarang kami berikan dia susu segar dari Pejabat Haiwan. Andailah saya sedar awal sedikit tentang penyusuan susu ibu ini adalah the best choice mungkin perkara ni boleh dielakkan. Keyakinan bahawa "Breast Milk - The choice for a new Generation" menjadi 300%
4. Melihat kepada Arwa yang sihat (alhamdulillah) malah dia jarang demam, hubungannya yang erat dengan saya, giginya yang cantik, kulitnya yang tidak menggerutu....saya yakin 400% bahawa "Breast Milk - The choice for a new Generation"
Maka tiada alasan lagi untuk saya meneruskan misi menyusukan Ahmadi sehingga 2 tahun. Walaupun terpaksa bayar fidyah dan mengqadakan seluruh bulan puasa ni, tapi saya percaya ada sebab rukhsah ni dibolehkan untuk ibu yang menyusukan anak
Saya tag UmmuMishkah (dah inform di kotak komen dia dan dah inform di wall FB dia jugak :)
By the way....contest mcm ni adalah bagus!!
http://lizayati.blogspot.com/2010/08/giveaway-breast-milk-choice-for-new.html
Liza sangat bersetuju dengan penyusuan susu ibu terutamanya penyusuan yang diteruskan selama dua tahun. Sepertimana yang telah Allah firman :
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”. al-baqarah 233
Kemudian saidina Ali menyebutkan firman Allah:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” al-Ahqaf, ayat 15
Maksudnya, kebaikan susu ibu tidak dapat dinafikan lagi. Secara fizikalnya, kebaikan susu ibu dapat mengecut rahim dengan cepat dan melangsingkan badan si ibu. Jadi, marilah kita sama-sama menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya!!
http://spiderlily-zaidah.blogspot.com/2010/09/giveaway-breast-milk-choice-for-new.html
last minute join..
"Breast Milk - The choice for a new Generation"
Basically, saya setuju..cuma mungkin u buleh rephrased the sentence..
"Breast Milk - The ULTIMATE choice for the WHOLE Generation"
Hahaha..matilah..dh la join contest org, siap suh rephrased lagik..maaf puan blog..
secara logik akal, baby manusia harus minum susu dari ibu manusia jugak, bukan dari lembu, kambing, unta dsbgnya..melihat contoh di zaman dahulukala, Rasulullah sendiri dicarikan ibu susuan yg bernama Halimatus Saadiah..Jadi, mmg org dahulu, walopun mereka takde FM, tapi mereka sendiri tahu dan faham fitrah manusia..apatah lagi kita? (yg diwar2kan sebagai moden, trendy, maju dan sebagainya)
sejarah penyusuan saya tidak sebaik org lain, malah tiada apa yg perlu dibanggakan..
anak pertama cuma dpt bf selama 1 setengah bulan..sebab lepas habis cuti 60 hari, saya hantar anak kecik saya pada MIL untuk dipelihara..cetek ilmu, saya tak tau pun EBM boleh simpan lama dlm fridge..huhuhu..
anak kedua, setakat 5 bulan..faktor kegagalan, persekitaran..plus my mom selalu cakap, baby asik nangis sbb susu saya tak cukup...huhuhu...
anak ke 3 pun takat 5 bulan jugak..kes sama mcm yg no. 2 tuh..
and lastly, my baby yg baru menginjak umo setahun..dia, saya exclusive bf setakat 10 bulan shj..lepas tu terpaksa campur..FM hanya diberikan di nurseri..sebab stok beku EBM telah habis licin..saya perah hari ini, buat bekalan dia esok di nurseri..dirumah, mmg tiada fm utknya..hanya direct feeding sahaja..
dan bonding kami mmg kuat..dia satu2nya yg tak bleh berenggang ngan saya..anak2 yg lain, pada usia yg sama, tak kisah sgt kalo duduk ngan maktok diaorg (mak saya lah)..yg bongsu nih, mmg lain sgt2..mgkn sbb bf paling lama, so, bonding adalah lebih kuat..harap betullah teori ini..
dan disebabkan semangat nak bf baby, lepas jek maternity leave, terus saya declare pada bos, saya tak mahu keluar outstation..kalo setakat area penang, ok lagi (sbb boleh balik hari)..kalo jauh2, mintak maaf, sbb saya fully bf baby saya..hikhikhik..alhamdulillah, bos paham..colleague pun takde la nak push saya..bos pun siap usik2 saya, tanya bilakah masanya saya nak buat 'bisnes'? (yer, saya guna term bisnes bila saya nak pump susu di pejabat..hihihi)
nak tag seorang kawan yer..ok, saya tag
http://angah.blogspot.com/
saya dh tinggalkan komen dlm entry dia hari ini (1st september 2010)
harap, adalah rezeki nak menang..
owwhh..salam kenal juga yer, puan blog :)
Bila anak menyusu dengan susu ibu itulah bonding paling kuat. Saya sangat percaya bila dewasa kelak, sejauh mana pun anak itu pergi dia pasti akan ingat pada ibu bapanya sebab setiap titisan susu ibu yang mengalir dalam badan anak itu terbentuk dari susu ibu.
Susu ibu sangat berkhasiat untuk mencegah penyakit terutamanya penyakit zaman sekarang, dan sekiranya anak itu sakit, susu ibu cepat recover.
Tak perlu bersusah payah, hanya selak dan beri shj kepada anak. Yang paling utama susu ibu akan berubah2 mengikut usia anak dan cuaca. cthnya, kalau cuaca panas susu akan menjadi lebih cair supaya baby boleh hilangkan dahaga.
http://softtouch82.blogspot.com
susu ibu tiada tandingan tiada saingan dari segi harga, khasiat dan kebaikkannya
anak suka ibu lebih lagi suka
tag kakak saya
farhana1983.blogspot.com
Saya tak nak komen pjg2..cuma nak bagitau yang SEMUA KENYATAAN IBU-IBU DI ATAS ATAU SELEPAS INI ADALAH BENAR/BETUL/TEPAT (termasuk kenyataan Mommamia sendiri) DAN TIADA SIAPA PUN DALAM DUNIA INI YANG BERANI MENYANGKAL TENTANG SEGALA KEBAIKAN YANG ADA PADA SUSU IBU!
(komen plg ringkas krn tak mengharapkn kemenangan..hehe..)
nak tag kak cery:http://everybodylovescery.blogspot.com
saya nak tag kak sarah http://roddypoody.blogspot.com/
blog ibu yang menyusu pertama (yg saya jumpa masa preg) yang menyedarkan saya tentang kelebihan susu ibu..
tapi takpelah nk join gak...
"Breast Milk"-The choice for new generation sangat2 lah ammi setuju.
Yelah kitakan nk generasi baru kita ni yg IQ tinggi, sihat, antibodi kuat, bijak pandai, fizikal dan mental pun ok, semua ni InsyaAllah diperolehi dari BREAST MILK yg sudah ramai tahu byk khasiat nya, dan juga dari bonding ibu dan anak yg terhasil dr bf ni...
Lagi pun dlm Quran pun dah tulis..
Selain itu, kita juga mahukan generasi akn dtg ni utk juga bf anak2 mereka utk terus melahirkan generasi yg bagus2 juga InsyaAllah..Breastfed children InsyaAllah will breastfeed, betul tak?
Yang paling penting breastfeeding ur baby memberi bentuk badan yg ideal kpd mommies/ibu/ummi/mak/ammi semua kan, hehehe..
tu pendapat ammi jelah..
k nak tag ayu dr http://ezurin.blogspot.com
tq mommamia jemput ammi join GA ni ;)
Ouh wah...ramainye yg da join contest neh...tengs to kak alin coz jmput faizah join contest yg sgt2 best... xkisahlah menang ke tak kan asalkan dpt menyokong sumthing yg sama2 kita perjuangkan utk generasi akan datang... :)
Sbg seorg ibu yg baru hmpir 4bln menyusukan anak, sy merasakan breastfeeding merupakan sesuatu yg sgt istimewa... hnya org yg melaluinya shj yg memahami betapa pengalaman breastfeeding ini tersgt istimewa utk si ibu dan anak yg disusui...(termasuklah yg menjadi ibu susuan) sbb itulah allah swt telah berfirman dlm al-quran mengenai menyusukan anak n lenkapkan tempoh penyusuan bg yg mampu selama 2thn... ini menunjukkan betapa susu ibu tersgtlah penting utk seorg anak sejak dia dilahirkan...
Pengalaman menyusukan aisya nafisa (anak saya) merupakan pengalaman yg plg istimewa n menggembirakan sy... walaupn sy xdpt merasa pengalaman menyusukan selepas 1jam bersalin sbb sy bersalin di hospital yg bukan rakan bayi... aisya telah diberikan susu formula seawal dilahirkan... sy sgt sedih waktu tuh, namun smgt sy utk trus menyusukan aisya xpernah pudar... antara cabaran2 yg terpaksa sy lalui adalah:
1) Tiada sokongan dari keluarga n org terdekat
2) Aisya didedahkan dgn puting botol seawal dlm pantang lg
3) Kurangnya ilmu breastfeeding
4) Tiada ahli keluarga yg menyusukan penuh anak (kira faizah org pertama la...)
5) Selalu kena kutuk/kondem/kritik setiap kali bersmgt utk menyusu penuh aisya...
6) Aisya mengalami nipple confusion pada waktu siang since dia terdedah dgn botol pd waktu siang
Walaupn byk sgt cabaran nk menyusu penuh anak kesayangan, sy masih gigih nk teruskan... xjemu2 utk pumping, 'paksa' aisya utk direkfeeding utk stimulate cik B, amik supplement dan mcm2 lg.. kkdg rasa keseorangan bersusah pyh berikhtiar utk teruskan penyusuan yg kkdg da nmpak da smpai pada penghujung jln... tp bila difikirkan masa depan si kecil rasa xsanggup sgt2... ibu mana xmahukan yg terbaek utk anak sndiri... tsk3...
Hnya ibu2 termasuk kak alin yg menyusu penuh anak menjadi sumber inspirasi sy buat masa neh...mg kita sama2 berjaya dlm penyusuan n makin bertmbh ibu2 yg akn menyusukan anak pasneh... semua ini utk generasi akn datang... umat nabi muhammad saw... insya allah... bersmgt sume~!!! HAPPY BREASTFEEDING~~~
Walaupon gagal utk anak pertama, saya masih berjuang sepanjang pregnancy anak kedua saya supaya dia masih dapat bekalan susu mama walaupon tak sepenuhnya. Alhamdulillah berkat tekad dan semangat mereka bertandem nursing selama satu tahun 2bulan. Tapi akhirnya saya terpaksa surrender juga kerana dh pregnant anak ketiga. Sedih yg teramat sangat sebab cita-cita penyusuan penuh selama 2 tahun tidak tercapai
walaupon begitu semangat akan terus membara utk meneruskan perjuangan menyusukan generasi saya seterusnya yg ketiga ni.
Terlalu banyak kebaikan yg boleh mama dan anak-anak dapat daripada breastfeeding. Tak ternilai harganya.
Pengalaman dan kenangan menyusukan mereka juga boleh dikongsi dgn kawan-kawan lain supaya mereka rasa terdorong utk melakukan yg sama.
Harap lebih ramai kawan-kawan dan para ibu menyambut baik kempen penyusuan susu ibu. Sesungguhnya tiada susu yg lebih baik setanding dgn susu ibu :)
Tq invite akak utk join GA ni... Setuju 100% dengan statment
"Breast Milk - The choice for a new Generation"...
Takde susu lain ygn dapat menandingi khasiat dan nutrisi yg ada dalam SI dan menyusu itu fitrah. Kita harus kembali kepada fitrah :)
"Breast Milk - The choice for a new Generation"
baru je 4bln++ BF my baby Rijal..n still berusaha..tho cuak memikirkn ms depan cewahh...almaklumlah,rezeki masing2,tp usaha no 1 dulu...br nk berserah...
mas struggle nk BF Rijal sbb ilmu masih cetek,nk kena gali lagi...
siap da soh adik(baru nk kawen) utk BF bakal anak...muahahahah...
sokong2...
tag::::fashya
Setuju juga ngan statement "Breast milk - The choice for a new generation"
boleh dikatakan sekarang ni kesedaran ibu2 muda untuk menyusukan anak mereka sangat2 la tinggi..namun, apa yang penting, terlebih dahulu pelajarilah ilmu penyusuan susu ibu..ayu juga tidak berjaya fully bf anak pertama disebabkan akan kekurangan ilmu penyusuan..mujurlah ketika pregnant anak ke2, ayu telah ditemukan ngan SI.com yang banyak membantu ayu utk menjayakan misi penyusuan susu ibu..alhamdulillah, masih lagi menyusukan anak kedua yang kini berumur 11 bulan ..dan mudah2an berterusan sampai la ke 2 thn..
mana2 ibu yang berkemampuan, boleh la juga menghadiri kelas penyusuan susu ibu bg mendalami ilmu itu sepenuhnya.. atau boleh juga belajar mengenai susu ibu melalui pembacaan di blog2 ibu2 yg menyusu (boleh refer duniasusuibu.com) , forum2 seperti di Susuibu.com, Ratuhati.com @ MBFPC...
secara peribadi, untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu , seseorang ibu itu perlulah mempunyai NIAT yang betul, usaha yang KOMITED & BERTERUSAN serta TAWAKAL..semoga usaha ibu2 di luar sana untuk terus menyusukan anak2 mereka dipermudahkan..
ayu nak tag kawan ayu, NORMY.
"Breast Milk - The choice for a new Generation"- setuju atau tidak?
Pastinya seribu percent setuju :). Aku bukan pakar laktasi, namun aku penyusu badan tegar yang dan akan menyokong apa saja yang terbaik berkaitan susu ibu demi untuk anak-anak permata kesayanganku.
Dengan penularan bermacam-macam jenis penyakit, wabak dan jangkitan sekarang ni, memang sepatutnya ibu-ibu dan bakal-bakal ibu memilih Breast Milk (BM) sebagai perisai melindungi permata-permata kesayangan. BM diketahui kehebatan kandungan antibodi yang tidak ternilai, yang semestinya tidak dapat diformulakan dengan apa jenis bahan sekalipun. Anugerah dari Allah ini semestinya yang terbaik untuk santapan bayi semenjak zaman dahulu, kini dan akan datang semestinya.
Generasi akan datang semestinya akan lebih terdedah kepada pelbagai lagi penyakit yang mungkin lebih pelik dan menakutkan. So, sebaiknya lindungilah mereka dari sekarang dengan baju pelindung dan perisai yang tiada tolok tanding kekuatannya iaitu Susu Ibu.
Anak-anak kita yang dilahirkan pada zaman sekarang pastinya akan menjadi tunggak negara pada masa depan. Merekalah generasi yang akan mendokong wawasan 2020. So, marilah kita meramaikan anak-anak yang menyusu dengan susu ibu pada zaman ini supaya mereka menjadi generasi terbaik pada zaman mereka.
Oleh itu, semestinyalah pernyataan "Breast Milk - The choice for a new Generation" dipersetujui oleh saya 1000%. Alhamdulillah setakat ini permata-permata kesayangan saya belum lagi di campurkan dengan susu formula. Semoga anak-anak saya tergolong di antara generasi baru yang berkualiti. Amin.
Dengan ini kuTag kamu Ajasu...Sifuku
Ummie Qistina nk join.mintak maaf lambat sangat join...dah nk tutup rupanyer..heheh
Saya setuju sangat;sangat "Breast Milk - The choice for a new Generation" sebab
1. senang jer nk g jalan2..x yah nk bancuh susu dlm botol,bawa beg galas tambah ngan air panas lagi..susu badan kan ada..selak jer dan terus bg pada anak.
2.merapatkan kasih sayang antara anak dan ibu..kekadang asyik teringat jer kat anak biler keje..heheh
3.x da penyakityg teruk..
ummie masih menyusukan qistina..tp masih dlm blaja n kene byk membaca ttg ilmu penyusuan...
ummie nk tag syawalsimpsons
Last minutes comment from ummumishkah, thanks to sitisifir for tagging me and congrats to mommamia for organizing this great GA..
Breast Milk - The choice for a new Generation
Yaa.. sangat2 bersetuju dengan slogan kat atas tu kerana pada saya penyusuan ibu adalah tentang kasih sayang dan menunaikan amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu insan yang bergelar ibu hingga kita dikecualikan dari lain2 tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul oleh seorang suami atau bapa. Ini merujuk kepada kepentingan menyusu itu sendiri. Islam sendiri menganjurkan penyusuan ibu sehingga bayi kita berusia dua tahun dan ini jelas ianya menjadi tanggungjawab ibu untuk memastikan misi ini berjaya.Ini merujuk kepada kepentingan menyusu itu sendiri.Kerana misi ini merupakan satu misi besar yang bukan sekadar dibuktikan kebaikannya oleh ilmu sains tetapi merupakan tuntutan yang ada di dalam al-Qur'an.
Dari tanggungjawab ibu, penyusuan ibu mampu membentuk hubungan ibu dan anak yang lebih erat.Kasih sayang yang sememangnya diperlukan oleh semua makhluk yang dijadikan oleh Yang Maha Pencipta.
Gabungan kedua-dua elemen tanggungjawab dan kasih sayang ini menjadi faktor penting bagi melahirkan generasi insan yang terbaik di muka bumi ini... maka sudah terang lagi bersuluh penyusuan ibulah mediumnya dan semestinya ianya adalah pilihan terbaik untuk generasi baru!
ermm.. tak sempat nak tag sesape memandangkan dah due datekan.. sori yer momma mia.. ;)