Saya ingin berkongsi pengalaman  menyusukan bayi saya. Ssaya ibu kepada 2 org anak. Bekerja dgn sebuah  syarikat swasta. Anak yg pertama tidak dapat langsung menyusukan secara  terus dr breast kerana masalah inverted nipple+xde ilmu langsung. Saya  cuma pump itupun guna pump manual biase. Paling byk dpt 2oz  sahaja, lama-lama rase makin susah jadi terus saya beralih kepada susu  formula, yg sedihnya baby dr lahir lagi dh minum susu formula.
Tambahan  pula pada masa itu org sekeliling langsung tidak menyokong saya untuk bf  baby..
kesedaran mula timbul setelah anak pertama berusia 8 bulan..saya  perhatikan anak pertama mudah mendapat selsema, batuk, demam..setiap  bulan aje mesti sakit..penggunaan susu formula menyebabkan anak selalu  juga sembelit. walhal susu yg digunakan agak terkenal dan agak mahal  juga tp semua tu tetap x dapat lawan susu ibu yg terbaik di dunia dijadikan Allah.
Semenjak dr anak pertama berusia 8bulan saya mula  terdedah sedikit terhadap penyusuan susu ibu.. Setelah anak pertama  berusia 2tahun 3bulan saya mula mengandungkan anak kedua.semenjak  mengandungkan anak kedua lagi bertambah rancak saya mencari ilmu  berkenaan dgn penyusuan susuibu.
Ketika kandungan berusia dua bulan saya mula membeli pump spectra3  extravaganza lengkap.mase tu x berani nk ckp dekat husband yg harga pump  tu 600++..saya cuma ckp yg pump tu berharga 200..kemudian saya mula  mngumpul sume peralatan untuk projek penyusuan anak yg kedua..semua brg  saya beli sedikit demi sedikit.ketika cukup 9bulan saya melahirkan bayi  perempuan..ketika itu perasaan bercampur kerana memandangkan susu belum  ada..saya lihat anak yg keluar tu mula menunjukkan tanda2 untuk meyusu..
saya cuba gagahkan diri untuk meyusukan bayi,malangnya tidak berjaya  kerana bayi tidak dpt melekap dgn betul. hati mula x keruan mase  tu.mujurlah ada adik lelaki saya yg bekerja sebagai pembantu perubatan  dia mengajar saya cara untuk melekapkan bayi dgn betul..Alhamdulillah  dgn bantuan adik saya berjaya menyusukan bayi..tetapi masalah yg timbul  pula bayi menghisap terlalu kuat sampaikan saya merasa fobia bile  mendengar bayi mula menangis mahukan susu.
tp dgn izin Allah segala keperitan dapat saya atasi selama 3minggu  berhadapan dgn sakit semasa menyusukan bayi..jadi kepada ibu2 yg  mempunyai masalah inverted nipple percayalah bayi anda sebenarnya bayi  anda tidak kisah bagaimana rupe bentuk payudara anda asalkan anda dapat  melekapkan bayi dgn betul..ingat bayi bukan menyusu dr puting tp dr  keseluruhan aerola kita.Suami yg pada mulanya kurang memberi galakan  akhirnya menyokong saya dlm penyusuan susu ibu..suara2 sumbang yg byk  menghalang saya untuk menyusukan bayi akhirnya lenyap begitu sahaja..
Memandangkan saya terpaksa berpisah dgn bayi (kerana bekerja) saya  mula memerah susu seawal minggu pertama selepas bersalin..pada awal2  sesi mengepam saya hanya dpt 1oz-2oz..tp saya tetap kan terus mengepam  susu utk memastikan bekalan mencukupi apabila saya telah mula bekerja  nnt..saya mengepam 7-8 kali sehari siang dan malam untuk meperbanyakkan  susu..mengamalkan pemakanan yg berkhasiat serta minum air yg mencukupi.
Alhamdulillah setelah masuk kerja saya mempunyai bekalan stok susu  120++ botol susu 4oz-5oz susu..murah rezeki saya pada mase itu..tp  setiap kali saya pump pun paling byk dptlah 4oz..setelah masuk  kerja,saya mula mngepam 4-5kali sehari..pada masa itu saya boleh dapat  dlm 25oz kadang2 lebih dlm mase sehari.kemudian saya beralih kepada pump  avent manual..dgn pump ni saya boleh dpt lebih lagi..yg mengejutkan  saya boleh dpt 4kali let down dgn avent manual…pernah sekali pump sy  dapat 13oz..paling byk buat diri saya sbb breast saya tidaklah sebesar  mana.
Ketika anak berusia setahun,sekali lagi saya di uji..ketika pulang  berhari raya,saya terlupa untuk memastikan peti tertutup rapat..pulang  dr kampung amat2lah terkejut bile saya dapati peti sejuk terbuka  sedikit..habis musnah 50 botol susu..ketika itu saya tiada sebotol stok  susu pun..termenung seketika ketika itu.
Saya mula terfikir untuk campur  susu bayi dgn susu formula..tp suami byk memberi semangat untuk saya  kerapkan semula pump susu..saya mula berkerja keras..pada hari pertama  bekerja selepas raya saya cuma ade 10 botol susu untuk bayi..ketika itu  anak saya minum 4 botol sehari,tp alhamdulillah saya berjaya tidak  memberi bayi sebarang susu formula sehingga kini anak saya sudah  setahun 11bulan. Bulan 7 ni masuk usia nya dua tahun.
Saya akan terus memberikan susu ibu yg terbaik buatnya sehingga lah  anak saya tidak mahu lagi menyusu.walaupun penat tp merasa amat berpuas  hati..kesihatan anak kedua saya ini amatlah memberansangkan.dia jarang  sakit dan seorg budak yg baik..inilah antara sedikit sebanyak pengalaman  saya menyusukan bayi.
Kini dh ramai kawan2 saya turut serta menyusukan  bayi mereka walaupun bekerja.saya menjadi tempat rujukan kawan2 untuk  bertanya..sedikit sebanyak ilmu yg saya ada,saya kongsikan bersama  mereka..terasa puas hati apabila dpt membantu ibu2 untuk menyusukan  bayi.
ps. mommaMia: B/feeding tu tak mudah yer, tapi semngat ibu-ibu yang menentukan kejayaan penyusuan anda. Setiap orang punya cara yang berbeza untuk berjaya dan tiada satu pun  cara yang boleh dinilaikan salah kerana setiap manusia mempunyai  kekuatan dan kelemahan yang tersendiri... pokok pangkal Jangan berputus asa!!
Perkongsian ilmu dan pengalaman yang paling berharga
Comments
Betul cakap akak tu..flat dan inverted niple x menghalang untuk menyusukan anak secara ekslusif...sbb saya telah berjaya menyusukan kedua2 bayi saya, hanya dgn susu ibu walaupun saya mengalami masalah flat & inverted nipple..tambahan pula, kedua2 anak saya mempunyai masalah tounge tie...
Pokoknya, yakinlah, dengan niat yg suci murni dr seorang ibu, Allah akan permudahkan jalan kt...Semangat yang tidak pernah luntur..dan yang penting, doa, doa dan doa..
hehe..tiba2 bersemangat plak saya ni..
thanks akak sbb share kisah ini...sekurang2nya dpt memberi semangat pd ibu2 yg lain..
mengamuk sebab x de susu badan.. Boleh x saya dapatkan menu pemakanan yang boleh membanyakkan susu badan?
mengamuk sebab x de susu badan.. Boleh x saya dapatkan menu pemakanan yang boleh membanyakkan susu badan?