Last week 31 Mar - 1 Apr 2011, momma terpaksa outstation ke Singapore atas urusan kerja... (paksa rela la, demi tugas kan..) Persiapan untuk travel biasa-biasa je since 1 1/2 hari jer... Lagipun agak sibuk buat persiapan dan running projek di opis... So booking hotel pun amik yang berdekatan dengan kawasan meeting so that jimat masa, takyah rushing2. Masuk website hotel tengok cam ok & terus confirm booking....
Flight via AirAsiaX kul 7.40am. So seawal kul 5 dah bertolak kuar rumah... Sian anak-anak tak tengok momma gie kerja cam biasa. Sampai Singapore kul 8.30am. Hajat hati nak check-in awal dihotel tak kesampaian sbb tiada bilik kosong lagi... so end-up 8.30pm baru check in after habis meeting. Benda pertama yang dicari tentulah cik FREEZER... besar kecik tak kisah asal ada.... satu hari tak mengepam ni... sakit tuhan sahaja yg tahu. Cari punyer cari tak jumpa.. senang citer tak disediakan... uuuuuuwwwwwwwaaa rasa cam nak nangis. Cana nak simpan EBM nih??? My mistake tak check betul-betul kemudahan di hotel tuh... Rilex jap & pump dulu, pastu cari jalan.
Alhamdulillah dapat 15oz skali pump. Then bersiap g makan mlm bawak skali EBM utk cari rumah tumpang... Mintak favor dengan kedai 7-Eleven kat bawah hotel tidak dilayan. Stright answer is NO!! Ya Allah nak nangis jer rasa.... makan-makan & terus pulang ke bilik hotel... sib baik chiller masih beku sbb masa kat bilik meeting, sejuk giler, so tak cair ler chiller tuh... malamnya end-up momma kesejukan beraircond paling sejuk maksimum untuk kasi EBM kekal sejuk... Plan sok pagi angkut EBM and tumpang kat fridge client.
5 botol 5 oz siap sedia untuk gie meeting..
opps siap sedia nak gie simpan dlm fridge kat tempat meeting
3 botol on mlm 31 Mar 11 and 2 botol pagi 1 Apr 11
Esoknya, alhamdulillah chiller & EBM masih sejuk. Berdoa jer its ok & tak rosak. Kul 8.30am sampai diopis client terus simpan ebm sampai petang kul 5. Chiller juga dapat dibekukan semula untuk perjalanan balik nanti.
Flight balik Malaysia kul 7.19pm. Alhamdulillah tiada gangguan transport EBM ke flight. Sampai LCCT kul 8.13pm and terus amik teksi & sampai rumah dalam kul 9.15pm. Tiada orang dirumah sebab anak-anak ikut nenek gie umah Tok Udik ada kenduri doa selamat. Again tak sempat mengepam seharian sebab duk meeting memanjang, pastu nak kejar flight lagi sebab petang kat sinagpore memang jam teruk... so sebelum kluar rumah semula dlm 9.45pm tuk amik abah Mia yang pulang dari Penang.. buat projek mengepam dulu. Perghhhhhh penat tolak tepi... Alhamdulillah pump dapat 15oz lagi... Total semua 3x pump dapat 40oz. Syukur alhamdulillah.
EBM selepas selamat sampai rumah
nampak tak beza color susu.. susu awal & susu akhir...
EBM yang telah selamat dicampur-campurkan susu awal & susu akhir
kasi sekata... sebelum dibekukan
Go Go momma!!
Buah hati...
Bufday girl yang ditinggalkan..
Sayang Ira...mmmmmuuahhhhssssssss
lesson learnt untuk diri sendir!!
make sure check kemudahan setiap hotel yang disediakan
jangan assume semua sama yer!!!
actually boleh juga cari tong and letak ais untuk simpan susu EBM tuh
(thanks to abg Fuad via FB untuk cadangan tu...),
cuma momma tak jumpa...
mungkin bleh juga letak jer dlm plastik yg penuh dengan ketulan-ketulan ais kan...
peringatan untuk next time!!!
Comments
nasib baik.. alhamdulillah
kene cek tol2 dulu condition hotel tu
eh cam kejam lak kan..semua No No NO! alhamdulillah semua ok..