Skip to main content

Kadang kala di atas, kadang kala di bawah

Lumrah hidup, adakalanya di atas, ada kalanya di bawah. Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti, itu lah lumrah hidup. Bila di atas, adakalanya jatuh ke bawah. Bila di bawah, hanya ke atas sahaja kita perlu tuju.

roda.jpg

Adakalanya kita pernah mengalami kejayaan tidak kira dalam hidup, karier atau keluarga. Adakalanya juga kita pernah jatuh  tersungkir dalam apa sahaja. Memang benar apa yang dikatakan sebagai hidup umpama roda, kadang di atas, kadang di bawah.
Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak2 bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik ;) sumber : http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/kadang-kala-di-atas-kadang-kala-di-bawah/

Bila berada di bawah, sentiasa ingin berada di atas. Bila berada di atas, jangan lupa yang di bawah... begitu juga dalam perjalanan penyusuan kita
Untuk berjaya, jiwa perlu besar. Jadikan masalah hidup itu sebagai satu keperluan cabaran untuk kita lebih berjaya. Kejayaan terbesar apabila kita mampu mengatasi rasa takut dalam diri, kurang keyakinan dan lemah semangat. Jangan mengalah dan teruskan perjuangan. Tetapkan matlamat, letakkan usaha yang seiring dengan matlamat dan banyakkan berzikir memuji ALLAH kerana sesungguhnya rezeki itu datang dari ALLAH jua.
Orang yang berjaya adalah mereka yg boleh menghasilkan aura positif dalam diri mereka.
Renung-renungkan!!

Comments

edane said…
setuju!!! apa yang penting kita harus bersyukur sentiasa dan jangan lupa akan nikmatNya..